web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Tidak Hadir Kerana Tak Sihat - Sivakumar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 3:20PM

Anwar Ibrahim tidak hadir pada sambutan Thaipusam di Batu Caves kerana dilaporkan tidak sihat - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GOMBAK: Ketidakhadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Thaipusam di Batu Caves di sini, hari ini kerana beliau dilaporkan tidak sihat.

Keadaan kesihatan Perdana Menteri itu dimaklumkan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sambutan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar Swamy di situ.

“Perdana Menteri sepatutnya hadir ke sambutan Thaipusam (di Batu Caves) hari ini, namun beliau menghubungi saya pagi tadi memaklumkan beliau tidak sihat dan terpaksa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya seperti dilaporkan Awani..

Sivakumar berkata, Anwar juga memaklumkan kepada beliau bahawa satu sesi perjumpaan bersama semua jawatankuasa kuil di seluruh Malaysia akan diadakan dalam masa terdekat.

Katanya, pertemuan itu sebagai platform untuk Perdana Menteri menyampaikan amanatnya.

Terdahulu, Anwar menerusi Facebook mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada seluruh penganut dan masyarakat Hindu.

Menurutnya, perayaan dan kepelbagaian budaya di Malaysia adalah hujah ampuh untuk saling mengenal serta membina persefahaman tatanan negara bangsa yang majmuk.

“Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut dan masyarakat Hindu,” katanya. – Getaran, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar