web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Cetus Panik, ‘Tak Makan Pujuk, Hentak Kepala Di Cermin Lori’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2023 10:00AM

Lelaki kurang siuman mencetuskan panik pengguna jalan raya di persimpangan lampu isyarat di Jalan Suria, Bandar Seri Alam di Pasir Gudang, Johor. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lelaki kurang siuman mencetuskan panik pengguna jalan raya di persimpangan lampu isyarat di Jalan Suria, Bandar Seri Alam di Pasir Gudang, Johor, apabila bertindak mencederakan dirinya sendiri.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam pada jam 7.58 pagi semalam.

Menurut beliau, pada masa sama, pihaknya turut mengesan video tular berdurasi 24 saat menerusi aplikasi TikTok berkenaan insiden itu.

“Video berkenaan memaparkan tiga anggota polis sedang memujuk seorang lelaki yang menimbulkan kacau ganggu, tetapi lelaki berkenaan enggan bekerjasama.

“Bertindak atas maklumat Ketua Balai Polis Seri Alam bersama anggota pergi ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, usaha memujuk lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 20 tahun itu juga gagal.

Katanya, ketika cuba melarikan diri lelaki itu melanggar sebuah lori, malah turut mencederakan diri sendiri dengan menghentak kepalanya di bahagian cermin hadapan kenderaan terbabit.

“Lelaki yang mengalami kecederaan itu dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan.

“Dia juga akan dirujuk ke Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental HSI untuk pemeriksaan lanjut,” katanya. - Getaran, 5 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 2 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 46 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad