web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


SOP Aidilfitri, Rentas Daerah Dijangka Diumumkan Minggu Depan - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 3:37PM

SOP mengenai Aidilfitri dan rentas daerah akan diumumkan minggu depan berdasarkan nasihat dan cadangan KKM. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) minggu depan dijangka memutuskan beberapa perkara berkaitan sambutan Hari Raya antaranya prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri dan rentas daerah.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata SOP yang bakal dikeluarkan itu berdasarkan nasihat dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Hari ini Jawatankuasa Teknikal akan berbincang, kemudian ia akan dibentangkan dalam sidang khas MKN pada Isnin ini yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Selepas ia dibentangkan (sidang khas MKN) barulah kami boleh memutuskan sebarang keputusan dan kami akan mendengar pembentangan KKM mengenai nasihat yang akan diberikan,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Program e-Bakat antara Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) bersama Mgate Emerging Technologies Sdn Bhd dan HRD Corp di Kem Kementah, di sini hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang berkata seramai 12,000 suri rumah kepada anggota tentera disasar menyertai program Bakat untuk menjana pendapatan.

Beliau berkata Bakat mengambil inisiatif dengan tujuan untuk memberi peluang kepada isteri angkatan tentera yang tidak bekerja mempelajari kemahiran dan menjana pendapatan keluarga.

“Mereka akan dilatih untuk membuat produk, memasarkan produk dan menjual produk berkenaan.

“Malah pendekatan yang diambil ini bukan sahaja akan menambahkan sumber pendapatan keluarga mereka secara tidak langsung tetapi ia akan menjadi kerja sampingan untuk anggota tentera yang akan berpencen nanti,” katanya.

Program itu merupakan sebuah program yang dirangka di bawah Program Transformasi Bakat iaitu Pembangunan Ekonomi Keluarga bagi meningkatkan kemahiran serta pengetahuan ahli Bakat untuk membentuk mereka menjadi usahawan berjaya melalui perancangan dan platform yang  sistematik.

Selain itu, ia juga bertujuan memperkasakan mereka melalui pembangunan modal insan yang teratur dan berpotensi tinggi dalam menjana pendapatan tambahan sekeluarga. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad