web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dijerat ‘Kekasih Facebook’, Pegawai Perubatan Rugi RM91,001

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 7:07PM

Seorang pegawai perubatan wanita berputih mata selepas kerugian RM91,001 akibat ditipu ‘kekasih Facebook’ tidak pernah ditemui sejak perkenalan mereka sebulan lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai perubatan wanita berputih mata selepas kerugian RM91,001 akibat ditipu ‘kekasih Facebook’ tidak pernah ditemui sejak perkenalan mereka sebulan lalu.

Mangsa berusia 31 tahun itu, mengenali seorang lelaki ‘tempatan’ yang dikatakan bekerja di luar negara melalui platform media sosial tersebut sejak Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, perkenalan tersebut berlanjutan ke aplikasi WhatsApp dengan menggunakan nombor telefon antarabangsa.

Katanya, sepanjang tempoh sebulan itu, mangsa mengakui tidak pernah berjumpa suspek.

“Selepas dua minggu berkenalan, suspek meminta mangsa untuk melakukan transaksi atas talian untuk urusan pembelian barang bagi pihak lelaki tersebut melalui laman sesawang, https://federalcreditwestunionbank.com://.

“Mangsa menekan pautan laman sesawang tersebut dan mengisi maklumat diberikan suspek, iaitu data pengenalan dan kata laluan.

“Mangsa menggunakan akaun peribadinya untuk melakukan beberapa transaksi pembelian barang berjumlah USD18,640 dan USD33,990,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan daripada transaksi tersebut akaun mangsa dibekukan tanpa mengetahui alasannya.

“Mangsa diminta membuat pembayaran deposit bagi membolehkan akaunnya diaktifkan semula.

“Mengikut arahan diberikan laman sesawang tersebut, mangsa melakukan pembayaran deposit secara berperingkat ke satu akaun tempatan berjumlah RM23,701.

“Bagaimanapun, wanita itu dimaklumkan bahawa jumlah tersebut tidak mencukupi dan perlu menambahkan wang,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad Fakhruddin berkata, mangsa diarah menggunakan Huobi App untuk penukaran mata wang Ringgit kepada USD.

“Mangsa masih mempercayai arahan tersebut dan memasukkan wang ke empat lagi akaun bank berbeza melalui Huobi App.

“Pegawai perubatan tersebut mula sedar ditipu apabila suspek memintanya memasukkan wang kepada rakan suspek, namun tidak lagi mempercayainya,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa mengalami kerugian keseluruhan berjumlah RM94,001 akibat perkenalan dengan suspek dan membuat laporan polis berhubung kes tersebut.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. - Getaran, 4 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik