web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ratusan Ribu Orang Termasuk Pelancong Asing Rai Thaipusam Di Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 6:46PM

Perarakan pedati perak sejauh 10 KM bermula dari Kuil Kovil Veedu di Lebuh Penang ke Kuil Sri Arulmigu Balathandayuthabani di Jalan Kebun Bunga hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Setelah dua tahun diraikan dalam skala kecil berikutan  prosedur operasi standard (SOP) ketat disebabkan pandemik COVID-19, sambutan Thaipusam tahun ini disambut meriah dengan kehadiran ratusan ribu orang termasuk pelancong asing di Pulau Pinang.

Thaipusam yang dirai pada bulan ‘Thai’, bulan ke-10 dalam kalendar Tamil, disambut meriah oleh jutaan penganut agama Hindu sempena memperingati kelahiran Dewa Murugan.

Selain perarakan membawa Arca Dewa Murugan, upacara memecah buah kelapa oleh penganut agama Hindu dan pelancong asing yang tidak mahu melepaskan peluang juga rancak dilakukan sebagai persediaan merayakan Thaipusam yang akan disambut esok.

Upacara diadakan di sekitar jalan utama di George Town dan juga Jalan Datuk Keramat hingga kuil Jalan Kebun Bunga dengan tujuan menyucikan diri.

Esok, penganut agama Hindu akan membawa pelbagai jenis kavadi ke Kuil Arulmigu Balathandayuthabani yang terletak di atas bukit Jalan Kebun Bunga bagi membayar nazar dan mendapat restu daripada Dewa Murugan.

Bagi penganut Hindu, peluang menghadiri upacara keagamaan itu digunakan untuk menyempurnakan nazar masing-masing dengan membawa ‘pal koodam’ (belanga susu) dan kavadi selain memecahkan kelapa serta mencukur kepala sebagai penebus dosa.

Seorang pengunjung R.Sivarataman, 42, berkata dia bersama isteri dan dua anak datang dari Langkawi, Kedah ke Pulau Pinang sejak semalam bagi menyambut Thaipusam pada tahun ini kerana sudah dua tahun tidak meraikannya dengan meriah.

"Thaipusam pada tahun ini memang dinanti-nantikan oleh kami sekeluarga kerana sudah dua tahun tidak dapat menyambutnya dan sejak Disember lagi saya tempah tiket penerbangan untuk ke sini (Pulau Pinang) malah beberapa  keluarga saya yang lain dari Kelantan juga ke Pulau Pinang tahun ini.

"Nampaknya suasana kemeriahan dapat dirasai sejak semalam, ramai penganut Hindu berada di sini dan saya percaya kemuncaknya esok lebih ramai serta meriah," katanya yang bekerja sebagai pengurus hotel di Langkawi.

Bagi Bhesaj, 38, pula dia datang dari Medan, Indonesia untuk meraikan Thaipusam dan sebelum pandemik COVID-19 memang setiap tahun berkunjung ke Pulau Pinang untuk menyambutnya.

"Di sini meriah dan saya sangat sukakan Thaipusam di Pulau Pinang kerana walaupun kami di Medan juga meraikannya namun tidak seperti di sini yang lebih seronok," katanya yang tiba di Pulau Pinang pagi tadi dan terus menyertai perarakan membawa pedati emas serta memecah kelapa bagi membayar nazar.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata pihaknya menjangkakan sebanyak 1.5 juta penganut beragama Hindu bakal membanjiri negeri ini selama tiga hari bermula hari ini bagi acara-acara sembahyang dan juga aktiviti keagamaan lain termasuk menunaikan nazar.

Katanya, sebagaimana meriahnya perayaan-perayaan utama lain di Malaysia,  beliau juga berharap untuk melihat Thaipusam disambut dengan penuh pengertian mendalam dalam suasana penuh harmoni dan hormat-menghormati antara satu sama lain berlandaskan nilai-nilai perayaan yang memiliki keunikan tersendiri itu.

"Kerajaan negeri ingin mengajak semua pihak untuk memanfaatkan sambutan Thaipusam dengan membulatkan tekad dan keazaman ke arah memperbaiki serta memperkukuhkan semangat perpaduan demi kelangsungan kemajuan dan pembangunan negeri ini," katanya yang turut mengadakan tinjauan Thaipusam di Jalan Kebun Bunga, di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong ketika dihubungi memaklumkan perjalanan sambutan Thaipusam hari ini lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Beliau bersama Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain turut membuat tinjuan dengan menunggang basikal di sekitar bandar raya George Town bagi memantau perjalanan Thaipusam hari ini terutama pergerakan pedati emas dan perak.

Untuk perarakan pedati emas, upacara itu bermula seawal 6 pagi hari ini dari  Lebuh Queen menuju ke Kuil Thanneermalai Shree Balathandayuthapani Devasthanam dan dijangka tiba paling awal pada 12 tengah malam bergantung kepada keadaan lalu lintas dan kesesakan.

Manakala pedati perak bermula 7 pagi tadi di Kuil Nagarathar Kovil Vidu, Lebuh Penang, membawa arca Dewa Murugan dan dijangka sampai ke pekarangan Kuil Air Terjun pada 1 atau 2 pagi esok dengan perjalanan sejauh 9 kilometer. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 5 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam