web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tingkat Pendapatan Negara: Kurangkan Bajet Sektor Awam, Wujud Tabung Dana Subsidi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 10:51AM

Kerajaan perlu mengehadkan dana kepada beberapa perkara, terutama membabitkan sektor awam dan pemberian subsidi menerusi belanjawan tahunan. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu memperkecilkan penyaluran dana kepada beberapa perkara, terutama membabitkan sektor awam dan pemberian subsidi menerusi belanjawan tahunan kerana peruntukan kedua-dua aspek itu terlalu besar.

Pakar Ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, ia perlu diperkecilkan bagi mengurangkan perbelanjaan negara, sekali gus mampu memantapkan kedudukan fiskalnya.

Katanya, ketika ini, kerajaan menanggung pelbagai subsidi dengan jumlah tahunan dianggarkan bernilai RM80 bilion, justeru pendekatan sistematik harus dipratikkan untuk mengurangkannya tanpa dimansuhkan.

“Antara usaha berkesan yang kerajaan boleh lakukan adalah dengan menubuhkan tabung dana endowmen berteraskan sistem caruman oleh masyarakat dan sumbangan daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Dana dikumpul itu boleh dilabur dan hasil pelaburannya digunakan untuk menanggung subsidi, tanpa memasukkannya ke dalam perbelanjaan negara,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, pelbagai kaedah lain boleh dilaksanakan kerajaan bagi memperoleh dana untuk dimasukkan ke tabung berkenaan.

Jelasnya, sebagai contoh, kerajaan boleh perkenalkan cukai pemindahan harta pusaka yang biasa dilakukan golongan kaya dengan kutipan cukai itu dimasukkan ke dalam tabung berkenaan.

Kerajaan juga, ujarnya, boleh memohon sumbangan daripada GLC dalam bentuk saham, wang tunai atau aset untuk mengisi tabung berkenaan supaya ia dapat digunakan sebagai pelaburan bagi mendapatkan hasil.

Dr Barjoyai Bardai - Gambar Facebook
Dr Barjoyai Bardai - Gambar Facebook

“Orang ramai juga boleh membuat sumbangan ke tabung berkenaan, namun kerajaan perlu memikirkan mekanisma sesuai untuk mereka berbuat demikian, contohnya mengambil satu peratus daripada bayaran tol,” katanya.

Barjoyai berkata, menerusi kaedah tersebut, kerajaan dijangka mampu mengurangkan perbelanjaan negara dalam masa tiga hingga ke empat tahun akan datang.

“Kerajaan boleh mencapai matlamat untuk memperoleh bajet seimbang dalam jangka masa tiga hingga empat tahun ke depan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan harus mengambil kira cadangan Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) dengan meningkatkan cukai pendapatan negara yang dianggap terlalu rendah.

Menurutnya, setakat ini cukai pendapatan diperoleh daripada individu adalah hanya sekitar RM30 bilion setahun.

“Di Malaysia golongan pekerja yang membayar cukai adalah golongan M40 ke bawah, berbeza dengan golongan T20 yang membayar cukai sangat sedikit kerana pelbagai faktor antaranya, perancangan, pengecualian dan pengelakkan cukai.

“Jadi kerajaan boleh menimbangkan untuk memperkenal cukai dividen dalam perolehan saham yang dikecualikan kepada individu, namun dikenakan kepada syarikat sahaja,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berpendapat, kerajaan perlu memastikan sistem perolehan cukai di negara ini ditambah baik dengan mengurangkan ketirisan dan pengelakan cukai.

Malah, beliau mencadangkan supaya Cukai Makmur diteruskan dan ditingkatkan pada kadar lebih tinggi kepada syarikat yang membuat keuntungan luar biasa dalam perniagaan.

Dr Ahmed Razman Abdul Latiff - Gambar fail
Dr Ahmed Razman Abdul Latiff - Gambar fail

“Selain itu, kerajaan juga perlu mempertimbang untuk memperkenalkan cukai terhadap pulangan modal, seperti keuntungan saham yang majoriti membabitkan golongan berpendapatan tinggi negara.

“Banyak negara maju sudah melaksanakan sistem percukaian tersebut bagi meningkatkan pendapatan negara dan ia tidak menjejaskan golongan M40 dan ke bawah,” katanya.

Semalam, Bank Dunia menyarankan Malaysia meninjau sumber pendapatan baharu bagi memantapkan kedudukan fiskalnya, memandangkan pendapatan kerajaan berada dalam aliran menurun sejak 2012.

Bank Dunia menjangkakan pendapatan kerajaan berada pada paras 15 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023, berbanding 16.7 peratus yang dijangkakan pada 2022.

Pada 2012, pendapatan kerajaan berada pada paras 21.4 peratus daripada KDNK.

Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi berkata, usaha membina semula penampan fiskal harus didorong kutipan hasil lebih tinggi dan kecekapan perbelanjaan lebih baik.

Ujarnya, antara langkah boleh dilaksanakan ialah dengan memantapkan cukai kepenggunaan, meluaskan asas cukai pendapatan peribadi dan menyelaraskan pelepasan cukai.

Malaysia, katanya, harus beralih daripada ekonomi kepenggunaan kepada ekonomi diterajui pelaburan yang secara langsung akan meningkatkan gaji pekerja tempatan.

“Sementara itu, peralihan beransur-ansur kepada subsidi lebih bersasar akan membantu subsidi berfungsi dengan lebih baik terhadap isi rumah berpendapatan rendah,” katanya. - Getaran, 4 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Perkenalkan Mekanisma Efektif Pantau Pelaksanaan Belanjawan 2023 - Lam Thye

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pastikan Agensi Islam Amal Tatakelola Baik, Julang Integriti Seperti Dihasratkan PM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Belanjawan 2023 Dapat Pastikan Kesejahteraan Rakyat - Menteri Besar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Belanjawan 2023 Utamakan Kebajikan, Kesejahteraan Rakyat Demi Terus Memelihara Keharmonian - Aaron

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan