web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kampar, Batu Gajah Bakal Nikmati Rangkaian 5G Selepas Ipoh - Exco

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2023 7:00AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Daerah Kampar dan Batu Gajah kini dalam radar kerajaan Perak untuk menikmati liputan internet berkelajuan tinggi 5G selepas bandar raya Ipoh.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi berkata, inisiatif di bawah ‘Greater Ipoh’ itu akan dipantau sebuah jawatankuasa khas bagi memastikan pelaksanaan teknologi 5G di negeri ini berjalan lancar.

“Setakat ini liputan 5G merangkumi pusat bandar, Klebang, Bercham, Tambun, Canning Garden, Ipoh Garden, Meru, Ampang, Gunung Rapat dan Pasir Puteh.

“Kita dimaklumkan proses sudah mencapai 42 peratus kemajuan kerja dengan 86 lokasi daripada 208 siap sepenuhnya, malah kita jangka 80 peratus bakal siap hujung tahun ini. Malah kita harapkan Kampar dan Batu Gajah bakal menikmati rangkaian 5G kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis Taklimat 5G dan Lawatan ke Pusat Operasi Bersepadu Ipoh (IIOC) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak, dekat sini.

Mohd Azlan berkata, sebanyak 208 tapak rangkaian 5G akan dipancarkan di sekitar daerah Kinta khususnya bandar Ipoh yang dikendalikan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Dilaporkan, Ipoh kini menjadi bandar ke-5 di Malaysia selepas Kuala Lumpur, Putajaya, Cyberjaya, dan Johor Bahru dan yang pertama di wilayah utara yang mempunyai capaian akses 5G berkelajuan 1GB per saat.

Ia adalah hasil usaha pasukan 5G Greater Ipoh yang diketuai MBI, Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Digital Nasional Bhd (DNB), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Telekom Malaysia (TM).

Mohd Azlan berkata, hasrat kerajaan negeri itu adalah untuk memberi fokus kepada penyediaan infrastruktur pendigitalan yang sebaik mungkin di seluruh Perak, selepas pelaksanaannya di Ipoh.

“Jawatankuasa yang akan ditubuhkan itu bakal menyelaras dan memantau kawasan yang masih belum mempunyai rangkaian 5G serta lain-lain inisiatif pembangunan infrastruktur untuk meningkatkan perkhidmatan komunikasi dan multimedia di Perak,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad