web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penjualan Mercun, Bunga Api Akan Dibenarkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2023 8:05PM

Aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun dalam negara akan dibenarkan tidak lama lagi, tertakluk kepada peraturan serta garis panduan baharu yang akan dikeluarkan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun dalam negara akan dibenarkan tidak lama lagi, tertakluk kepada peraturan serta garis panduan baharu yang akan dikeluarkan.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam, sebagai antara langkah yang boleh meningkatkan pendapatan negara, dan kerajaan akan mengawal aktiviti penjualannya di peringkat sumber iaitu pemborong dan pengimport.

Katanya beliau menjangka pendapatan kerajaan akan bertambah menerusi pengenaan duti import kepada pemegang lesen, yang boleh menjangkau hingga ratusan juta, dan pengimportannya pula akan dapat dikawal selia dari segi undang-undang.

Beliau berkata sebelum ini segala bentuk keuntungan melalui aktiviti penjualan mercun dan bunga api ini dikaut oleh sindiket yang membawa masuk produk itu ke dalam negara secara haram ketika musim perayaan, dan dari segi keselamatan pula, tiada standard keselamatan ditetapkan, menyebabkan adakalanya berlaku kemalangan.

“Kita serah kepada Kementerian Dalam Negeri untuk buat panduan dan semua peraturan, bagaimana untuk mohon lesen. Kementerian Kewangan akan tetapkan berapa peratus cukai perlu dibayar,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jalinan Muhibah sempena Tahun Baharu Cina 2023 di sini hari ini.

Sementara itu, Nga berkata pengusaha industri makanan dan minuman (F&B) di pusat bandar raya yang didapati gagal mengekalkan Sijil A untuk tahap kebersihan tandas, tidak dibenarkan memperbaharui lesen perniagaan bermula tahun hadapan.

Beliau berkata keputusan itu juga dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam sejajar dengan pendekatan tandas awam bertaraf ‘BMW’ iaitu Bersih, Menawan dan Wangi.

“Di peringkat kawasan bandar raya, semua pengusaha industri F&B outlet wajib mendapat sijil A untuk kebersihan tandas di restoran, hotel, warung kopi kedai mamak dan lain-lain.

“Maka dalam tempoh tiga tahun ini, kita jangka akan laksanakan dasar ini di seluruh negara, dijangka 18,000 buah tandas awam juga kita akan pastikan bersih, menawan, dan wangi, selaras dengan dasar Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Unit K9 Bomba Terima Ahli Baharu, Labrador Lahirkan 'Brave'

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Buang Sampah Kecil: Lebih 1,000 Ditahan, Dikenakan Perintah Khidmat Masyarakat - Kor Ming

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Akur Buat Silap, Kor Ming Mohon Maaf ‘Ugut’ Wartawan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Akan Cadang Pemetaan Utiliti Dalam Mesyuarat KPKT

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad