Berita Terkini

8 minit yang lalu: Kesemua 267 infrastruktur komunikasi terjejas banjir di Johor pulih 10 minit yang lalu: PN tolak permohonan Pejuang untuk sertai gabungan itu - Hamzah 40 minit yang lalu: Dewan Rakyat lulus tubuh 10 Jawatankuasa Pilihan Khas 40 minit yang lalu: Pemangku Raja Pahang sempurnakan penyampaian darjah, pingat kepada 166 penerima 43 minit yang lalu: Singapura dan Malaysia perlu memastikan rantau ASEAN bersatu dan berwibawa - Presiden Singapura

IKUTI KAMI


Kerajaan Cadang Pinda Akta 360, Mudahkan Proses Pelepasan Kebankrapan - Azalina

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Feb 2023 2:08PM

Azalina Othman Said berkata, sesi libat urus bersama pemegang taruh untuk membincangkan hal berkaitan cadangan pindaan yang sedang dipertimbangkan akan diadakan pada 7 Februari ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Insolvensi sedang merangka beberapa cadangan pindaan terhadap Aka Insolvensi 1967 [Akta 360] untuk menambahbaik sistem pentadbiran kebankrapan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penambahbaikan itu termasuk pemakaian cadangan pindaan terhadap kes kebankrapan terdahulu.

Menurut beliau, antara cadangan pindaan yang sedang dipertimbangkan oleh kerajaan termasuk penetapan had masa pemfailan Borang Bukti Hutang oleh Pemiutang (Seksyen 42 dan Jadual C Aka 360) untuk mengelakkan isu kelewatan pemfailan yang boleh menyukarkan pelepasan individu bankrap.

“Selain itu, cadangan lain termasuk membuat penambahbaikan kepada peruntukan pelepasan automatik di bawah Seksyen 33C Akta 360 agar individu yang bankrap boleh dilepaskan daripada kebankrapan dalam tempoh lebih singkat.

“Kerajaan juga sedang melihat cadangan untuk membolehkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi jarak jauh dalam urusan pentadbiran kes kebankrapan bagi memudahkan urusan pelanggan, pemegang taruh dan Jabatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau lagi, cadangan lain termasuk membuat penambahbaikan kepada Seksyen 42 dan Jadual C Akta 360 dengan memansuhkan kewajipan untuk mengadakan mesyuarat pertama pemiutang agar pentadbiran kebankrapan boleh diteruskan dengan segera.

“Pada masa sama, menambah kategori kes yang boleh dilepaskan melalui Sijil Pelepasan (KPI) tanpa bantahan oleh pemiutang seperti golongan bankrap yang berumur 70 tahun dan ke atas.

“Ia turut membabitkan individu bankrap yang tidak berkeupayaan kerana disahkan sebagai pesakit mental di bawah Aka Kesihatan Mental 2001 [Akta 615],” katanya.

Azalina berkata demikian bagi mengulas dua laporan berita di akhbar New Straits Times dan BH yang membabitkan isu insolvensi dan bankrap, kelmarin.

Pada masa sama, katanya, jabatan itu turut meneliti cadangan untuk menyelaras nilai harta bankrap termasuk peralatan kerja yang boleh dikecualikan untuk dibahagikan kepada pemiutang di bawah Seksyen 48(1)(a)(ii) Akta 360 dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup semasa.

“Cadangan menyelaras nilai ambang bagi pentadbiran kes kebankrapan kecil di bawah Seksyen 106 Akta 360 dan had gaji ‘wage-earner’ di bawah Seksyen 107 Akta 360 dengan keadaan ekonomi dan dasar gaji minimum juga sedang dipertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa mengalu-alukan sebarang maklum balas dan cadangan yang konstruktif daripada semua pihak mengenai isu kebankrapan.

Justeru, katanya, sesi libat urus bersama pemegang taruh untuk membincangkan hal berkaitan cadangan pindaan yang sedang dipertimbangkan akan diadakan pada 7 Februari ini.

Ujarnya, cadangan pindaan kepada Aka Insolvensi 1967 Aka 360 dijangka dibentang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dalam masa terdekat selepas mengambil kira input sesi libat urus.

Sementara itu, Azalina berkata, jumlah kes kebankrapan bagi tahun 2022 adalah sebanyak 5,695 kes.

“Buat masa ini, jumlah kes kebankrapan yang didaftarkan bagi tahun 2018 sehingga tahun 2022 adalah sebanyak 49,133 kes.

“Bagi jumlah kes kebankrapan yang dilepaskan oleh Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) melalui Sijil Pelepasan (Sijil KPI) di bawah seksyen 33A Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] bagi tempoh yang sama adalah sebanyak 87,427 kes,” katanya.

Jelas beliau lagi, berdasarkan statistik tahun 2022, secara purata sebanyak 16 kes kebankrapan didaftar setiap hari manakala jumlah kes kebankrapan yang dilepaskan melalui Sijil Pelepasan KPI bagi tempoh yang sama secara purata adalah sebanyak 27 kes.

“Ekonomi, kewangan, perundangan dan kemasyarakatan adalah elemen yang penting dalam pembuatan dasar Malaysia Madani. Kerajaan mengambil maklum tentang cabaran dihadapi golongan yang bankrap dan stigma kebankrapan dalam masyarakat.

“Oleh itu, kerajaan perpaduan akan meneruskan usaha untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran kebankrapan seiring dengan visi Malaysia Madani untuk membangunkan tanah air yang lebih mampan dan makmur serta berteraskan keterangkuman dan kesaksamaan,” katanya. - Getaran, 3 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Usahawan Selebriti Norjuma Diisytihar Bankrap

2

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Arab Saudi Lancar Mekanisma Baharu Permohonan Visa Lawatan Peribadi, Tunai Umrah

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pusat Mengundi Di Kawasan Mudah Banjir? Fahmi Fadzil Bingung Keputusan SPR

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Polis Masih Siasat Kematian Model Belanda, Ivana Smit - SFC

Sorotan

1

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

2

Pembatalan Lesen Senjata Api, Mengapa Atlet Menembak Turut Terbabit?

3

Pemimpin Baharu 3 Sayap UMNO Perlu Berdedikasi, Jalankan Amanah Seikhlas Hati - Presiden

Disyorkan untuk anda

Sukan 9 jam yang lalu

Pembatalan Lesen Senjata Api, Mengapa Atlet Menembak Turut Terbabit?

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 jam yang lalu

Dewan Rakyat Lulus Penubuhan 10 Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

oleh Qistina Nadia Dzulqarnain

Politik 1 hari yang lalu

Dakwa PKR Lawan Al-Quran, Abdul Hadi Dicabar Buat Kenyataan Jelas

oleh Wartawan Getaran

Semasa 3 jam yang lalu

Pengeluaran KWSP: Kerajaan Tidak Akan Laksana Pendekatan Populis