web statsweb stats

Berita Terkini

1 minit yang lalu: PRN Johor ditetapkan pada 27 Jun - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR

IKUTI KAMI


Arab Saudi Lancar Mekanisma Baharu Permohonan Visa Lawatan Peribadi, Tunai Umrah

Luar Negara Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 2:31PM

Visa ini juga membenarkan pelawat untuk melakukan ibadah umrah dan ziarah di Mekah, melawat Madinah, tempat keagamaan dan bersejarah serta menghadiri acara kebudayaan - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelancaran mekanisma baharu visa “lawatan peribadi” oleh kerajaan Arab Saudi semalam bakal memudahkan pelawat asing untuk memasuki negara itu bagi menziarahi kenalan mereka. 

Menurut Kementerian Luar Arab Saudi melalui Twitter rasmi, visa ini juga membenarkan pelawat untuk melakukan ibadah umrah dan ziarah di Mekah, melawat Madinah, tempat keagamaan dan bersejarah serta menghadiri acara kebudayaan.

“Permohonan visa ini boleh dibuat secara elektronik di platform visa dan prosesnya sangat mudah dan senang,” menurut kementerian itu.

Perkara ini selari dengan usaha Arab Saudi untuk meningkatkan jumlah kunjungan asing ke negara itu, selaras dengan objektif Wawasan 2030.

Di bawah mekanisma baharu itu, warga Arab Saudi yang ingin mempelawa kenalan untuk melawat perlu mengemukakan permohonan visa lawatan peribadi bagi pihak mereka di platform visa elektronik “National Unified Visa Platform” atau Platform Visa Bersepadu Nasional di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri.

“Permohonan visa lawatan peribadi boleh dikemukakan melalui platform eVisa dan perlu mengisi data individu yang diundang. Permohonan itu kemudiannya akan diproses dan 'dokumen visa lawatan peribadi' akan dikeluarkan, data boleh dilihat melalui perkhidmatan pertanyaan permohonan,” menurut kementerian.

Kementerian itu menambah pelawat boleh menyelesaikan proses pembayaran yuran dan insurans perubatan selepas mengisi borang permohonan visa masuk di platform visa.

Selepas itu pelawat perlu menyerahkan permohonan dan pasport kepada kedutaan atau konsulat Arab Saudi di negara asal atau melalui pusat, pejabat yang diiktiraf kedutaan atau konsulat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Lawatan Negara Sultan Ibrahim Ke Arab Saudi, Bahrain Eratkan Hubungan Diplomatik Malaysia-Timur Tengah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

3

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar