web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KKM Nafi 2 Pegawai Jumpa Industri Tembakau, Siasatan Awal Mendapati…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 8:06PM

Siasatan awal mendapati, dua pegawai terbabit dikunjungi dua individu yang memperkenalkan diri mereka sebagai pemilik syarikat basikal Putrajaya dan syarikat percetakan - Gambar oleh Noreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan dakwaan berlaku pertemuan membabitkan dua pegawai kanannya dengan wakil industri tembakau sebagaimana yang tular di media sosial.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM, Datuk Dr Norhayati Rusli berkata, siasatan awal mendapati, dua pegawai terbabit dikunjungi dua individu yang memperkenalkan diri mereka sebagai pemilik syarikat basikal Putrajaya dan syarikat percetakan.

Menurutnya, tujuan perjumpaan itu adalah untuk membincangkan cadangan bagi mengadakan program intervensi pengurangan berat badan, namun tiada sebarang persetujuan dibuat semasa perbincangan tersebut.

“Kementerian memandang serius dakwaan yang sedang tular ini. Dakwaan ini menggambarkan imej yang tidak baik khusus kepada kementerian dan amnya kepada kerajaan.

“Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melanggar garis panduan Artikel 5.3 dan polisi berkaitan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) dalam kenyataan menyuarakan kebimbangan berhubung dakwaan pertemuan dua pegawai kanan kementerian dengan pemain industri tembakau.

MCTC menggesa pengurusan tertinggi KKM menyelesaikan segera isu itu memandangkan ia melanggar Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengenai perjanjian kawalan tembakau diratifikasi negara.

Mengulas lanjut, Dr Norhayati berkata, sebagai penjawat awam khususnya kakitangan kementerian, tanggungjawab untuk memastikan sebarang perjumpaan bersama mana-mana syarikat swasta mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mestilah bebas daripada sebarang konflik yang boleh menjurus kepada kepentingan diri sendiri.

Tegasnya, sebagai anggota parti kepada World Health Organization Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) sejak 16 September 2005, kementerian sentiasa memastikan sebarang interaksi bersama industri tembakau adalah mematuhi garis panduan Artikel 5.3.

“Selain daripada itu, polisi berkaitan yang juga dirujuk adalah seperti Polisi Pengurusan Percanggahan Kepentingan, Polisi Anti Rasuah, Polisi Pengurusan Hadiah, Polisi Pengurusan Pengaruh Luar dan Surat Sokongan; dan Polisi Kod Etika dan Tatakelakuan,” katanya. - Getaran, 2 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 23 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad