web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Petaling Street Antara 'Pasaran Terkenal' Dunia Jual Barangan Tiruan, Cetak Rompak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2023 8:06PM

Hab pelancongan terkemuka yang lebih dikenali sebagai Chinatown itu, satu-satunya lokasi di Malaysia yang dipaparkan dalam laporan 2022 Review of Notorious Markets for Counterfeiting and Piracy - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Petaling Street, lokasi popular dengan deretan gerai penjaja dan kedai murah, disenaraikan dalam laporan terbaharu Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (AS) mengenai pasaran yang terkenal dengan penjualan barangan tiruan dan cetak rompak.

Hab pelancongan terkemuka yang lebih dikenali sebagai Chinatown itu, satu-satunya lokasi di Malaysia yang dipaparkan dalam laporan untuk tahun 2022.

“Walaupun aktiviti pasaran belum kembali ke tahap pra pandemik kerana pelancongan asing masih 'tertekan', kebanyakan barangan yang ada pada hari ini adalah produk tiruan.

“Walaupun pemilik hak cuba untuk memulakan aktiviti penguatkuasaan, mereka melaporkan berdepan kesukaran disebabkan 'pilih kasih' tempatan dan penglibatan jenayah terancang dalam pasaran ini,” demikian menurut laporan bertajuk 2022 Review of Notorious Markets for Counterfeiting and Piracy.

Dalam pada itu, laporan tersebut turut menyatakan bahawa kerajaan tempatan tetap tidak mengendahkan perkara berkenaan.

Sebagai tarikan kepada pembeli dan pelancong serta destinasi pilihan untuk makanan tempatan, Petaling Street sudah lama diiktiraf sebagai antara tempat ikonik untuk dikunjungi di Kuala Lumpur.

Ia terkenal kerana menjual barangan tiruan seperti jam tangan, kasut, beg tangan, dompet, cermin mata hitam dan beberapa produk lain.

Petaling Street terkenal kerana menjual barangan tiruan seperti jam tangan, kasut, beg tangan, dompet, cermin mata hitam dan beberapa produk lain - Gambar oleh Sadiq Asyraf
Petaling Street terkenal kerana menjual barangan tiruan seperti jam tangan, kasut, beg tangan, dompet, cermin mata hitam dan beberapa produk lain - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Turut dirujuk sebagai Senarai Pasaran Terkenal, laporan itu mengenal pasti 33 pasaran fizikal dan 39 pasaran dalam talian yang dikatakan 'dilaporkan terlibat dalam atau memudahkan pemalsuan tanda dagangan yang besar atau cetak rompak hak cipta'.

Pasaran cetak rompak dalam talian yang disebut dalam laporan itu termasuk platform Shopee dan Taobao.

 

Bangkok, Jakarta turut tersenarai

Negara Asia Tenggara lain turut disenaraikan dalam laporan itu adalah Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand, dan Filipina.

Antaranya, Pusat MBK Bangkok, menurut laporan berkenaan, kembali ke tahap jualan pra pandemik vendor untuk barangan tiruan.

“Dengan kedatangan semula pelancong, Thailand mengambil tindakan untuk menangani penjualan produk tiruan, termasuk kempen pendidikan awam berprofil tinggi terhadap barangan yang melanggar harta intelek (IP), pemeriksaan oleh polis dan wakil pejabat IP secara berkala dan meneruskan operasi Pusat Penguatkuasaan IP, di mana pengguna boleh mengambil barang yang disyaki tiruan untuk pemeriksaan,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, barangan tiruan kembali ke pasaran sebaik sahaja polis tempatan beredar selepas memberi amaran lisan kepada penjual, menggambarkan langkah penguatkuasaan yang longgar.

Pasar Mangga Dua di Jakarta, Indonesia juga turut tersenarai dalam laporan itu.

Laporan itu menyatakan, lokasi tersebut terkenal kerana menjual barangan tiruan seperti dompet, barangan kanak-kanak dan aksesori fesyen.

“Serbuan yang tidak berkesan oleh pasukan petugas IP tempatan di sana menyebabkan penjualan haram di pasaran gelap yang menarik pelancong asing serta penduduk tempatan,” katanya.

Negara lain yang turut disenaraikan termasuk Brazil dengan produk utama yang dijual dalam pasaran gelap ialah versi 'copy-ori' jersi kelab bola sepak.

Sementara itu, Dubai di Emiriah Arab Bersatu mempunyai pelbagai tapak yang menawarkan barangan yang melanggar IP manakala Pacific Mall di Toronto, Kanada dilaporkan menjual produk 'asli' jenama mewah pada harga yang murah. – The Vibes, 2 Februari 2022

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar