Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 6 hari yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Jangkitan Penyakit ASF Di Negeri Sembilan Terkawal - JPV

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 9:56PM

JPV memaklumkan penyakit ASF adalah penyakit bukan zoonotik dan tidak menjangkiti manusia. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jangkitan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di Negeri Sembilan adalah terkawal dan tiada lagi laporan kematian pada babi hutan mahupun ternakan babi komersil susulan satu kes positif dikesan di Port Dickson, 3 Januari lalu.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa terdapat kekeliruan yang tular baru-baru ini berkaitan penyakit ASF namun memaklumkan penyakit ASF adalah penyakit bukan zoonotik dan tidak menjangkiti manusia.

“Justeru, orang awam tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke Port Dickson. Surat pemakluman yang oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) bertarikh 10 Januari lepas bertujuan memaklumkan kepada orang awam dan pemain industri tentang kes ASF di Port Dickson.

“Ini adalah salah satu langkah yang diambil oleh JPVNS untuk membendung perebakan penyakit ASF di Negeri Sembilan,” menurut JPV.

Semalam, Pengarah JPVNS, Dr Kamarulrizal Mat Isa, berkata satu kes tersebut dikesan dari kematian seekor babi hutan jantan dewasa di Ladang Sengkang, Pasir Panjang, Port Dickson.

Sementara itu, JPV meminta semua pihak agar tidak menularkan berita tidak tepat dan segera merujuk kepada jabatan itu bagi mendapatkan maklumat lanjut atau merujuk kepada poster atau video yang telah dihebahkan bagi meningkatkan lagi kesedaran berkaitan penyakit ASF.

Penternak dan orang awam turut diminta melaporkan sebarang kematian babi hutan, babi kampung atau babi komersial kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) atau Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berdekatan atau menerusi hotline Bilik Pengurusan Krisis Penyakit, Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar Putrajaya di talian 03-8870 2041 atau JPVNS di talian 06-762 8857. - Bernama

Sorotan

1

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

2

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

3

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

4

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

5

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

6

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

7

KPKM Tidak Lindungi Pihak Terbabit Kartel Padi, Beras - Mohamad

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

Semasa 1 hari yang lalu

JPM Jalin Kerjasama, Pastikan Keselamatan Jemaah Haji, Umrah Terjamin - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

5 Suspek Ugut Pelanggan McDonald’s Ditahan, Reman Sehingga Rabu

oleh Diyana Nawwar

Sukan 1 jam yang lalu

Isu Gaji Tertunggak: KDA FC Hormati Pendirian Sanusi 

oleh Rafisqi Radhi