web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dr Maszlee Mohon Maaf Guna Bahasa Tidak Sepatutnya Dalam Drama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 5:23PM

Maszlee Malik - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membuat permohonan maaf secara terbuka kepada golongan wanita susulan lakonannya dalam drama Kudeta yang menggunakan perkataan tidak sepatutnya.

Beliau mengakui terkhilaf kerana melakonkan watak Perdana Menteri jahat di penjara yang telah menggunakan perkataan tidak sepatutnya, sehingga mengganggu kesejahteraan emosi dan minda semua penonton.

“Saya menyedari akan keberkesanan filem dan drama dalam menyampaikan mesej yang baik kepada masyarakat. Namun, ia tidaklah sampai menyinggung sensitiviti atau budaya.

“Saya juga berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah memberikan teguran, ingatan, nasihat sama ada secara peribadi atau umum,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

Justeru, Maszlee yang juga mantan Ahli Parlimen Simpang Renggam itu memohon pihak stesen televisyen yang menyiarkan drama tersebut iaitu Astro untuk menapis babak berkenaan demi menghormati sensitiviti banyak pihak.

“Moga Allah ampunkan segala kesilapan saya dan himpunkan kita semua dalam kebaikan,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga mengajak rakyat Malaysia untuk menonton siri drama Kudeta, iaitu drama Melayu pertama yang memaparkan elemen politik, thriller dan aksi.

“Banyak yang boleh dipelajari selain babak lima saat yang kontroversi itu,” katanya.

Terdahulu, Maszlee berkongsi video memaparkan babak lakonannya dalam drama siri tersebut, namun menerima respon negatif daripada pengikutnya di Facebook.

Bagaimanapun, setakat jam 3.50 petang tadi video tersebut tidak lagi boleh ditonton kerana sudah dipadamkan dari Facebook miliknya. - Getaran, 29 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 tahun yang lalu

Maszlee Kesal Radzi Tak Hadir Mesyuarat Bincang Isu Pemansuhan PT3

2

Semasa 4 tahun yang lalu

Enggan Hadiri Mesyuarat, Kementerian Pendidikan Tidak Profesional - Maszlee

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Kos Barangan Meningkat, Pengusaha Kantin Terpaksa ‘Korek’ Simpanan

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 23 jam yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad