web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Maszlee Kesal Radzi Tak Hadir Mesyuarat Bincang Isu Pemansuhan PT3

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 5:06PM

Maszlee Malik - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik kesal dengan sikap Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin kerana tidak menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Pendidikan (JKPKP) yang berlangsung semalam.

Menurut beliau, mesyuarat tersebut amat penting kerana membincangkan isu pemansuhan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sebagaimana yang diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) baru-baru ini.

“Memandangkan isu ini melibatkan kepentingan rakyat dan berkait rapat dengan masa depan pendidikan negara, JKPKP melalui Setiausaha Dewan Rakyat telah memanggil Menteri KPM atau wakilnya untuk memberikan pencerahan dan penerangan mengenai rasional, persiapan dan juga alternatif kepada tindakan tersebut.

“Malangnya KPM dan menterinya memilih untuk tidak hadir. Hal ini amat dikesali, kerana ianya meremehkan kuasa Parlimen dan merendahkan konsep pengasingan kuasa yang wujud di negara ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Tegas beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (PH), sikap tidak profesional itu juga menimbulkan seribu tanda tanya mengenai pendirian KPM mengenai perkara tersebut.

“Apakah yang menyebabkan mereka takut untuk berhadapan dengan Parlimen melalui JKPKP? Apakah yang ingin disembunyikan?

“JKPKP amat kesal dengan sikap KPM dan akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara ini dalam waktu yang terdekat,” katanya.

Malah Maszlee berkata, pihaknya juga akan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun bagi membincangkan ketidakhadiran Radzi dalam mesyuarat itu.

Terdahulu, KPM mengumumkan PT3 dimansuhkan mulai tahun ini dan digantikan dengan pengukuhan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Mohd Radzi berkata, pentaksiran tersebut merangkumi tiga komponen iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Katanya, PBD akan dijalankan menerusi dua kaedah pentaksiran iaitu formatif dan sumatif yang akan turut dilaksanakan Tahun Empat, Lima serta Enam sekolah rendah. - Getaran, 14 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Radzi Jidin Nafi Terbabit Rasuah, Bekas Setiausaha Politik Direman 4 Hari

2

Politik 2 tahun yang lalu

Ganggu PM Bentang Penggulungan, Radzi 'Koyak' Dihalau Speaker

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Dakwaan 3 Pemimpin PN Tak Hadir Soal Jawab PM Tidak Berasas

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Dr Maszlee Mohon Maaf Guna Bahasa Tidak Sepatutnya Dalam Drama

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad