web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kos Barangan Meningkat, Pengusaha Kantin Terpaksa ‘Korek’ Simpanan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2022 4:51PM

Sistem pengiliran murid menyebabkan kapasiti murid berkurangan sebanyak 50 peratus dan memberi impak kepada keuntungan pengusaha kantin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kos bahan mentah yang semakin tinggi menyebabkan majoriti pengusaha kantin kini berdepan kesukaran kewangan untuk meneruskan perniagaan sehingga terpaksa mengeluarkan simpanan sendiri.

Seorang pengusaha kantin, Wahidah Nazeb Khan, 33, berkata kesukaran itu turut membuatkannya berada dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’.

Justeru, dia merayu supaya kerajaan menaikkan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) daripada RM2.50 kepada RM4 bagi setiap pelajar bagi membolehkan pengusaha kantin menampung bebanan kenaikan kos barangan di pasaran.

Wahidah berkata, sekiranya kadar peruntukan RMT sedia ada dikekalkan, ia dikhuatiri terus menjejaskan keuntungan pengusaha kantin dan kualiti makanan.

Katanya, pengusaha kantin menjalankan perniagaan berpandukan syarat tertentu ditetapkan kerajaan, termasuk mengekalkan harga makanan dan minuman untuk RMT.

“Dengan modal RM2.50 itu, kami terpaksa menyediakan menu mencukupi dan berkhasiat penuh, termasuk sayur serta buah-buahan dan minuman.

“Jadi bagaimana kami boleh kekalkan menu begitu dengan peruntukan RM2.50 dalam keadaan kos bahan mentah yang semakin tinggi?,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Wahidah Nazeb Khan
Wahidah Nazeb Khan

Pada masa sama, Wahida yang sudah 12 tahun menjalankan perniagaan kantin, berkata, keadaan itu menyebabkan pengusaha tidak memperoleh apa-apa keuntungan.

“Sudah lama sebenarnya kami tidak dapat balik keuntungan, malah terpaksa korek simpanan sendiri bagi memastikan perniagaan terus bernafas,” katanya.

Menurut Wahida, sebelum ini dia memiliki dua kantin sekolah di Sungai Petani Kedah, namun terpaksa menamatkan satu daripada perniagaan itu yang sudah beroperasi lebih lima tahun kerana tidak mampu membayar sewa dan gaji pekerja.

“Saya bercadang melepaskan satu lagi kantin yang ada selepas tamat kontrak perniagaan pada tahun 2023 kerana sudah tidak mampu menanggung kos perniagaan yang semakin tinggi,” katanya sedih.

Sementara itu, mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, menggesa kerajaan memberikan geran dan bantuan khusus kepada pengusaha kantin.

Jelasnya, geran khas itu berupaya membantu pengusaha kantin kembali memulakan operasi dengan lancar apabila sekolah dibuka.

Bantuan khusus itu pula, katanya mampu meringankan bebanan pekerja kantin memandangkan kebanyakan mereka tidak boleh memohon skim upah pekerja ditawarkan kerajaan.

“Sistem penggiliran sekolah turut menyebabkan kapasiti murid berkurangan sebanyak 50 peratus.

“Berdasarkan kadar itu, kehadiran murid menunjukkan pola kemerosotan apabila tidak mencapai 60 peratus, malah bukan semua murid yang hadir ke sekolah membeli makanan di kantin,” katanya.

Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik

Maszlee berkata, beban ditanggung pengusaha kantin semakin meruncing dengan penetapan prosedur operasi standard (SOP) yang hanya membenarkan murid membuat pesanan makanan terlebih dahulu.

“Pengusaha kantin mendakwa mereka cuma memperoleh pesanan sekitar 10 hingga 20 peratus daripada jumlah kehadiran murid.

“Mereka juga terpaksa mengeluarkan kos tambahan bagi membeli bekas makanan pakai buang dan memberikan gaji tambahan kepada pekerja untuk menghantar makanan ke kelas,” katanya.

Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam berkata, ‘bagai jatuh ditimpa tangga’, kos bahan mentah yang meningkat ketika ini menambah keperitan hidup pengusaha kantin.

“Mereka juga tidak dibenarkan menaikkan harga makanan kerana tertakluk kepada perjanjian dibuat sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP) tanpa mengambil kira kenaikan harga barang semasa.

“Dengan geran khas dan bantuan khusus itu, saya menaruh keyakinan seramai 70,000 pekerja kantin di seluruh negara yang kini berdepan kesan negatif berikutan COVID-19 dapat diselamatkan,” katanya. - Getaran, 6 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Dr Maszlee Mohon Maaf Guna Bahasa Tidak Sepatutnya Dalam Drama

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Bajet 2023: Pakar Ekonomi, Pemimpin Belia Syorkan…

3

Semasa 4 tahun yang lalu

Maszlee Kesal Radzi Tak Hadir Mesyuarat Bincang Isu Pemansuhan PT3

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Enggan Hadiri Mesyuarat, Kementerian Pendidikan Tidak Profesional - Maszlee

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

oleh Sophia Ahmad