web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2023: Pakar Ekonomi, Pemimpin Belia Syorkan…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 9:00AM

Antara tumpuan utama Bajet 2023 adalah memastikan pemulihan pasca COVID-19, bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat serta kelangsungan perniagaan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Susulan ‘janji’ Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa kerajaan akan memastikan Bajet 2023 lebih ‘mesra rakyat’ kerana dirangka berteraskan kesejahteraan dan kebajikan semua lapisan masyarakat dengan mengambil kira cabaran bakal dihadapi tahun hadapan, ia menerima reaksi positif daripada pakar bidang dan kesatuan, selain dianggap mampu mengurangkan beban.

Bagaimanapun, kerajaan disyor proaktif dalam membantu rakyat berhubung rancangan perbelanjaan kewangan itu dengan mengurangkan tekanan inflasi menerusi beberapa inisiatif.

Pakar ekonomi daripada Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, ia termasuk menggalakkan individu atau syarikat membangunkan tanah terbiar dan memberi potongan cukai pendapatan kepada mereka.

Jelasnya, kerajaan juga digesa menggalakkan belia untuk berniaga melalui pertubuhan, Majlis Amanah Rakyat (MARA) atau Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) Nasional.

“Kerajaan dicadang menghidupkan semula konsep ‘payung’, iaitu syarikat besar mendapatkan bekalan mentah atau perkhidmatan daripada perniagaan tempatan yang mampu menyediakan barangan dengan kualiti sama seperti bahan diimport.

“Kerajaan juga boleh menyediakan ruang berniaga baharu dan menurunkan sewa premis sedia ada untuk menggalakkan peniaga mengembangkan perniagaan mereka, sekali gus menyediakan peluang pekerjaan serta menggalakkan pembelian bahan tempatan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Abu Sofian berkata, kerajaan diminta memberi kredit keluarga atau ‘family credit’ seperti diamalkan di United Kingdom (UK).

“Peniaga mikro boleh mendapat pendapatan tambahan dalam bentuk ‘matching’ untung bersih. Contohnya, kalau peniaga mikro itu dapat RM3,000 untung bersih bagi bulan terbabit, kerajaan boleh beri bantuan sebanyak RM3,000 lagi.

“Jadi jumlah pendapatan peniaga tersebut ialah RM6,000. Ini lagi efektif sebab peniaga akan cuba meningkatkan keuntungan supaya boleh dapat lebih bantuan daripada kerajaan. Mungkin (hadkan) sehingga keuntungan RM8,000 sahaja sebagai contoh. Dan mungkin ada inisiatif lain boleh diperkenal,” katanya.

Menurut Abu Sofian, kerajaan perlu meneruskan pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada golongan sasar.

“Kalau dah dapat bantuan ‘family credit’ tak boleh dapat BKM lagi, hanya boleh dapat satu bantuan,” katanya sambil menambah supaya kerajaan tidak menaikkan lagi kadar dasar semalaman (OPR).

Menerusi kenyataannya berhubung Bajet 2023 itu, Perdana Menteri berkata, antara tumpuan utama perbelanjaan terbabit adalah memastikan pemulihan pasca COVID-19, bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat serta kelangsungan perniagaan.

Sementara itu, pemimpin belia, Alif Anas Md Noor berkata, kerajaan perlu memastikan Bajet 2023 mengandungi insentif untuk melahirkan golongan muda dan graduan kompeten dalam dunia pekerjaan.

Beliau berkata, pelaksanaan kursus dan latihan perlu diteruskan untuk memastikan golongan belia mendapat manfaat serta mampu berdaya saing di peringkat domestik dan antarabangsa.

“Dicadangkan juga kerajaan memberi insentif atau biasiswa kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendapat pencapaian kelas pertama.

“Kerajaan boleh pertimbang untuk mempertingkat pinjaman kepada peminjam PTPTN di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) susulan peningkatan kos sara hidup ketika ini,” katanya.

Dari segi pendidikan, jelasnya, kerajaan perlu meningkatkan peruntukan untuk membaik pulih sekolah yang mempunyai bangunan usang.

Alif Anas berkata, sekolah perlu dinaik taraf kepada institusi pendidikan digital yang dilengkapi kemudahan berorientasi teknologi maklumat (IT), seperti komputer berinternet serta rakaman pengajaran dan pembelajaran (PdP).

“Peruntukan boleh ditingkatkan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi manfaat pelajar B40 di sekolah,” katanya yang juga Yang Dipertua Majlis Belia Daerah Seberang Perai Tengah. - Getaran, 25 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Titip Pesanan Kepada Anggota JKDM, JIM Supaya Sentiasa Jaga Disiplin, Integriti

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran