web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Jika Asyik Bergantung Kepada KWSP, Ada Baiknya Bubarkan Sahaja Simpanan Itu’ - PPPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2023 7:06AM

Statistik terkini yang menunjukkan bahawa kira-kira 6.1 juta pencarum KWSP berusia 55 tahun ke bawah, mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 adalah sangat membimbangkan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengeluaran dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak wajar dikeluarkan bagi kali kelima untuk menampung keperluan kewangan pencarum sebelum bersara, memandangkan ia akan memberi kesan buruk dalam jangka masa panjang kepada mereka, termasuk menipiskan baki akaun.

Timbalan Presiden Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia (PPPM), Beninder Singh menegaskan, sehingga kini kerajaan sudah membenarkan sebanyak empat pengeluaran daripada simpanan hari tua pekerja tersebut, bagi membantu meringankan beban kewangan pencarum akibat COVID-19.

Justeru, beliau berkata, pihaknya tidak bersetuju untuk kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP bagi kali kelima.

“Bagaimanapun, kerajaan perlu mengukur sejauh mana bantuan tersebut mampu mencapai matlamat untuk benar-benar membantu rakyat dalam kesusahan.

“Jika ia tidak mencapai matlamat utama seperti disasarkan, pengeluaran kelima ini juga pasti tidak akan membantu,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata, pencarum juga tidak boleh terus selesa untuk bergantung kepada baki caruman KWSP semata-mata, memandangkan objektif sebenar simpanan itu diwujudkan adalah memastikan kelangsungan hidup pencarum selepas persaraan.

“Jika terus bergantung kepada caruman tersebut tanpa alasan kukuh, ada baiknya kita bubarkan sahaja KWSP dan bagi kembali wang simpanan kepada pencarum.

“Sebenarnya pengeluaran caruman tidak boleh dibenarkan langsung, tetapi pengecualian terpaksa diberikan kerana keadaan terdesak,” katanya.

Pada masa sama, Beninder berkata, statistik terkini yang menunjukkan bahawa kira-kira 6.1 juta pencarum KWSP berusia 55 tahun ke bawah, mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 adalah sangat membimbangkan.

“Membenarkan pengeluaran caruman KWSP adalah langkah popular, tetapi ia akan memberi kesan jangka masa panjang yang negatif,” katanya.

Terdahulu, pakar ekonomi dari Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, kebenaran pengeluaran khas KWSP berulang kali sebelum umur persaraan, berkemungkinan menyebabkan Malaysia berdepan krisis sosial pada masa hadapan kerana individu dikhuatiri kehabisan simpanan, sekali gus mengalami bebanan ekonomi di usia tua kerana majoriti pencarum mempunyai simpanan terlalu kecil.

Katanya, jika kerajaan tunduk kepada desakan kumpulan tertentu supaya kebenaran itu diberikan bagi kali kelima sejak tiga tahun lalu, ia boleh mencetuskan keadaan tidak kondusif dalam kalangan masyarakat yang turut berisiko mengakibatkan ‘kehidupan huru-hara’.

Mutakhir ini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO), termasuk Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM) dan Pertubuhan Aktivis Rakyat Malaysia (Prorakyat), menggesa kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP sekali lagi, bagi mendepani kemelesetan ekonomi yang dijangka berlaku tahun ini.

Berdasarkan kenyataan kedua-dua NGO tersebut, pengeluaran RM10,000 hingga RM30,000 ‘one off’ tidak akan mengganggu pelaburan KWSP, malah langkah penyelesaian jangka pendek supaya rakyat tidak terputus perbelanjaan wang tunai.

Pada Ogos tahun lalu, Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah semasa sesi soal jawab di Dewan Negara dilaporkan berkata, sebanyak RM155 bilion caruman ahli KWSP dikeluarkan menerusi pelaksanaan empat pengeluaran berkaitan COVID-19.

Ujarnya, ia membabitkan RM145 bilion pengeluaran ahli di bawah keempat-empat program pengeluaran dan hampir RM10 bilion daripada program pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja.

Mohd Shahar berkata, ia menyaksikan tahap simpanan ahli KWSP rendah dan sangat membimbangkan.

Keadaan itu, katanya, dapat dilihat terutama selepas pelaksanaan empat pengeluaran berkenaan, iaitu menerusi i-Lestari, i-Sinar, i-Citra serta Pengeluaran Khas, selain pengurangan kadar caruman berkanun syer pekerja bagi tempoh 27 bulan (April 2020 sehingga Jun 2022). – Getaran, 29 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Dividen 5.50 Dan 5.40 Peratus

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad