web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Edar Satu Juta Al-Quran Sebagai Tindak Balas Insiden Bakar Al-Quran Di Sweden

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 6:05PM

Ikhtiar yang akan dilaksanakan Yayasan Restu adalah cara paling berfaedah untuk menjawab kebiadaban yang dilakukan terhadap kitab suci itu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia akan mengeluarkan satu juta al-Quran untuk diedarkan segera di seluruh dunia sebagai tindakan balas terhadap insiden membakar naskah Al-Quran di Sweden, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menegaskan bahawa Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan membakar naskhah al-Quran di Sweden baru-baru ini, Anwar berkata ikhtiar yang akan dilaksanakan Yayasan Restu itu adalah cara paling berfaedah untuk menjawab kebiadaban yang dilakukan terhadap kitab suci itu.

“Saya setuju supaya cara paling berfaedah menjawab semua kerja-kerja gila dan biadab (membakar al-Quran) ini ialah untuk teruskan usaha yang telah dimulakan dan bertekad dalam masa singkat untuk cetak dan edar satu juta al-Quran ke seluruh dunia. 

“(Ia akan) disusuli dengan beberapa program ke arah penghayatan dan pemahaman al-Quran dengan mesej dengan risalah jelas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Festival Kesenian  al-Quran Sejagat Restu di sini hari ini.

Yayasan Restu terkenal dengan penghasilan mushaf al-Quran dan penerbitan berkaitan al-Quran dengan reka bentuk eksklusif.

Anwar berkata tindakan mengedarkan naskah al-Quran itu juga akan dirujuk dengan negara-negara Islam lain untuk penyelarasan.

Paludan, ketua parti pelampau kanan Denmark Stram Kurs, dibenarkan membakar Al-Quran pada Sabtu lepas di luar Kedutaan Turkiye di Stockholm dan insiden itu mencetuskan kemarahan dunia Islam.

Terdahulu, Anwar meluangkan masa kira-kira 30 minit melawat kilang percetakan al-Quran kedua paling besar di dunia yang terletak di Nasyrul Quran di sini.

Beliau turut menyampaikan sumbangan kerajaan berjumlah RM2 juta kepada Nasyrul Quran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 17 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 3 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 5 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran