web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Profesor Kangkung, Bila UUM Mahu Ambil Tindakan?

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 1:16PM

Dr Kamarul Zaman Yusoff

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Di mana bahagian dunia sekali pun, gelaran Profesor adalah milik golongan cendekiawan yang ahli dalam jurusan keilmuan masing-masing, dan akan disalurkan pula demi membentuk anak bangsa.

Profesor bukan satu panggilan yang boleh diperlekehkan, kerana ia membawa makna tersendiri bertunjangkan kepada tingkat ilmu dan pemikiran dimiliki.

Mereka menjadi sumber rujukan mengikut disiplin jurusan dibawa, dan selayaknya begitu penghormatan diberikan, seiring dengan ketinggian ilmu yang dikuasai.

Justeru, apabila ada yang ‘mencemar duli’ dan tampil dengan pelbagai kenyataan bersifat dangkal serta memalukan, wajarkah beliau masih lagi dipandang sebagai individu dihormati?

Apabila buah fikiran disampaikan kelihatannya begitu prejudis dan berlandaskan fahaman politik sempit semata-mata, apakah gelaran Profesor itu layak lagi berada dalam genggaman?

Nama Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Kamarul Zaman Yusoff dan kontroversi seakan tidak boleh dipisahkan.

Ia kelihatannya menyatu dengan begitu erat, dek himpunan tindakan panas yang dibuat sejak dahulu.

Terbaru, namanya sekali lagi menjadi sebutan (sila baca : kecaman) ramai apabila mengaitkan Raja Muda Perlis dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya.

Meski hantaran itu sebenarnya ditujukan kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim, namun intipati yang dibawa menerusi hantaran itu menimbulkan kemarahan ramai, khususnya anak jati negeri Perlis.

Meski sudah dipadam, tangkap layar hantaran beliau sempat dikongsi sejumlah besar pengguna, menyebabkan isu berkenaan terus berlarutan, sekali gus mengundang kemarahan ramai.

Ia membawa kepada reaksi hangat orang ramai yang membanjiri ruangan komen pada ucapan Selamat Menyambut Nuzul Al Quran dibuat Pengerusi UUM, Tan Sri Mohd Shukor Mahfar di Facebook malam tadi.

Majoriti mereka mendesak UUM segera mengambil tindakan ke atas Kamarul Zaman, kerana didakwa hanya akan mencemarkan nama institusi itu selepas sering dipalit kontroversi.

Tokoh wartawan, Datuk A Kadir Jasin dalam komen beliau pada hantaran Mohd Shukor itu berkata, jelas dilihat bahawa niat baik UUM dalam mengingatkan orang ramai akan kebesaran Nuzul Al Quran telah bertukar menjadi medan melepaskan kemarahan.

Menurut beliau, segalanya diakibatkan oleh tindak-tanduk seorang anggota akademik UUM yang tidak langsung menepati jangkaan umum mengenai seorang cendekiawan.

“Kita menggalakkan cendekiawan menulis dan berartikulasi berpaksikan kecemerlangan ilmu dan kedalamam pengetahuan. Bukan mencari publisiti murah dengan kenyataan-kenyataan dangkal, partisan dan menghina sehingga dikenakan tindakan undang-undang berulang kali.

“Saya tidak akan memuliakan orang yang menjadi bahan kebencian terhadap UUM ini dengan menyebut namanya. Pihak Universiti tahu siapa dia,” katanya.

A Kadir yang sememangnya sedia dimaklumi sebagai individu lantang bersuara menambah, beliau adalah penyokong setia UUM sejak ia mula dibina di dalam kawasan hutan di Sintok, Kedah pada awal 1980-an, sehingga dilantik sebagai Profesor Adjung di Sekolah Perniagaan Siswazah Othman Yeop Abdullah, beberapa tahun lalu.

“Saya amat berharap episod seekor kerbau membawa lumpur habis sekandang terpalit ini dinyahkan sekali dan untuk selamanya,” tegas beliau.

Pendapat sama turut disuarakan seorang alumni universiti, yang mendesak UUM segera mengambil tindakan tegas ke atas Kamarul Zaman.

Dikenali sebagai Fazley Noordin, beliau berkata Kamarul Zaman lewat kebelakangan ini jelas keterlaluan dalam memberi komentar yang berniat jahat dan berunsur hasutan.

“Ini sekali gus memburukkan nama, imej dan reputasi UUM sendiri. Harap tindakan yang tegas mesti diambil untuk menjaga kredibiliti dan profesionalisme pengajian tinggi yang neutral dan mendukung ilmu serta kebenaran bukannya fitnah dan peradu dombaan,” tegasnya.

Tinjauan Getaran di akaun Facebook UUM mendapati, orang ramai bukan sekadar membanjiri hantaran dibuat Mohd Shukor, bahkan turut ‘menyerang’ semua posting dibuat pengurusan akaun berkenaan, walaupun ke atas perkara yang tidak berkaitan.

Sehingga jam 12.52 tengah hari tadi, hantaran dibuat Mohd Shukor dibanjiri 1.1 ribu komen, yang majoritinya meluahkan rasa marah atas tindakan Kamarul Zaman.

Selepas demikian hangat reaksi diberikan orang ramai terhadap perilaku Kamarul Zaman itu, masihkah ada ruang untuk beliau di universiti berkenaan?

Perlukah kontroversi ‘Profesor Kangkung’ (jolokan diberi netizen) ini dibiarkan berlarutan dan seterusnya menghakis nama baik UUM yang dibina sejak sekian lama?

Kita tunggu jawapannya. - Getaran, 29 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hiba Hati Ayah Lihat Jasad Anak Lemas Di Takungan Air

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesakit Tibi Enggan Teruskan Rawatan Boleh Dikenakan Tindakan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Syahid Dibunuh Zionis, Pemergian Pelajar UUM Warganegara Palestin Kehilangan Besar 

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Kastam Tumpas 5 Sindiket Dadah Antarabangsa, Rampas Narkotik RM300.72 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

oleh Sophia Ahmad