web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Parlimen Perlu Berasingan Dan Bebas - Rais

Dr Rais Yatim berkata bagi menjadikan Parlimen lebih bebas, badan legislatif perlu memiliki sumber kewangan sendiri, sumber pentadbiran, dan kuasa untuk menentukan perjalanan Parlimen secara dalaman - Gambar Fail

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 7:03AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parlimen seharusnya berasingan serta berbeza daripada badan kehakiman dan badan eksekutif selaras dengan semangat reformasi, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata ia boleh dicapai dengan meminda Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 dan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

“Pentadbiran Parlimen masih dikawal oleh kerajaan yang berkuasa, menerusi sebuah jabatan (di bawah bidang kuasa Jabatan Perdana Menteri)... sudah tentu bukan itu caranya, ini bukan perkara yang boleh dipandang ringan.

"Oleh itu, kita berpendapat bahawa tempoh untuk perubahan sedang berlaku, kita yang wujudkannya, dan kita perlu bertanya satu soalan: bagaimana kita boleh mengubah senario ini? Jawapannya (ialah) kita ubah undang-undang," katanya semasa menyampaikan syarahan pada sesi Parliament Lecture Series 1.0: Resetting the Malaysian Economy di sini hari ini.

Beliau berkata bagi menjadikan Parlimen lebih bebas, badan legislatif perlu memiliki sumber kewangan sendiri, sumber pentadbiran, dan kuasa untuk menentukan perjalanan Parlimen secara dalaman, sebagaimana Kongres Amerika Syarikat dan House of Commons United Kingdom.

Akta Perkhidmatan Parlimen diperkenalkan pada 1963, membuka jalan kepada Dewan Rakyat untuk bertindak sebagai badan bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih kakitangannya dan mengawal perbelanjaannya, namun ia telah dimansuhkan pada 1992.

Mengenai Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, beliau berkata mengikut undang-undang, Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara mempunyai kuasa eksekutif dari segi mengawal tingkah laku Ahli Parlimen dan Senator dari segi mejaga ketertiban.

Beliau seterusnya memberikan beberapa contoh salah laku Ahli Parlimen yang disifatkan sebagai perbuatan salah di sisi undang-undang, dan mencadangkan supaya pindaan itu perlu dilakukan untuk meningkatkan denda, dan supaya Peraturan Mesyuarat mematuhi Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Tahan Aktivis GSF Perbuatan Zalim, Bebaskan Mereka Segera!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad