web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sindiket Bekal Pekerja Asing Raih Lebih RM800,000 Didalangi Warga Bangladesh Lumpuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 9:28PM

Siasatan mendapati sindiket itu menubuhkan syarikat pembinaan dengan tujuan mengaburi pihak berkuasa. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sindiket membekalkan pekerja asing dengan mengeluarkan dokumen dan pelekat lawatan kerja sementara (PLKS) palsu di Klang, Selangor tumpas dalam serbuan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) semalam.

Sindiket dipercayai beroperasi sejak lapan bulan itu, disyaki mengaut keuntungan sebanyak RM880,000 dalam tempoh terbabit menerusi kegiatan dilakukan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kegiatan sindiket tersebut ‘dihidu’ pihaknya sejak tiga bulan lalu.

Menurutnya, pihaknya turut menyamar sebagai pekerja asing dan majikan untuk membongkar kegiatan sindiket didalangi warga Bangladesh itu.

“Seramai tujuh suspek berusia 28 hingga 50 tahun, termasuk dalang utama sindiket yang juga warga Bangladesh, ditahan dalam serbuan berkenaan.

“Siasatan mendapati sindiket itu menubuhkan syarikat pembinaan dengan tujuan mengaburi pihak berkuasa, bagi membekalkan tenaga kerja dan pekerja asing kepada majikan yang terdesak.

“Ia juga menawarkan kerja kepada buruh asing yang mahu mendapatkan majikan,” katanya seperti dilaporkan BH.

Khairul Dzaimee berkata, sindiket itu menyasarkan warga asing tidak mempunyai PLKS sah atau mereka yang tiada sebarang dokumen.

“Setiap pekerja asing perlu membayar antara RM5,000 hingga RM6,000 bagi mendapatkan pelekat PLKS dan pekerja asing ini, kemudian akan dibekalkan kepada kilang atau syarikat lain yang memerlukan pekerja,” katanya.

Beliau berkata, turut dirampas ketika serbuan itu adalah 62 pasport pelbagai negara dan 17 pasport Bangladesh disyaki palsu, selain PLKS palsu (13) dan wang tunai berjumlah RM 234,000 serta sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bernilai RM120,000.

Katanya, suspek disiasat mengikut Akta Pasport 1966, Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

“Lima daripada suspek yang juga warga asing ditahan di Depot Imigresen Putrajaya, manakala dua suspek rakyat Malaysia ditahan untuk siasatan di bawah akta sama,” katanya.

Ujarnya, Imigresen menasihatkan syarikat dan majikan supaya menyertai Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 bagi mendapatkan sumber pekerja asing sah. - Getaran, 27 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Guna Sistem Baharu Bestinet Untuk Ambil Pekerja Asing, Kerajaan Persoal Laporan Bloomberg 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pekerja Ladang Warga Asing Maut Ditetak

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad