web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Biden Utus Surat Ucap Tahniah Buat Anwar, Hargai Demokrasi Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 8:03PM

Joe Biden - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi ucapan tahniah diterimanya daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden di atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri dan demokrasi ditunjukkan Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perdana Menteri berkata, ucapan penghargaan itu diterimanya menerusi surat ditandatangani pemimpin dunia berkenaan.

Katanya, menerusi surat itu, Biden turut menyatakan komitmen untuk mengukuhkan hubungan negara berkenaan dengan Malaysia.

“(Ia) termasuk dalam bidang ekonomi digital, krisis iklim dan keselamatan tenaga.

“Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan beliau, demi kebaikan bersama rakyat kita (Malaysia),” katanya menerusi keterangan bersama surat itu yang dikongsikannya di Facebook hari ini.

Surat bertarikh 24 Januari memaparkan kepala surat The White House itu dihantar terus kepada Anwar.

“Yang Berhormat, tahniah atas pelantikan anda sebagai Perdana Menteri, baru-baru ini. Dedikasi anda sejak sekian lama terhadap perkhidmatan awam akan membantu meningkatkan keamanan dan kemakmuran di seluruh rantau ini serta dunia,” menurut kata-kata awal surat itu.Biden berkata, dalam situasi kebanyakan negara di dunia berdepan cabaran untuk mengekalkan demokrasi, PRU-15 membuktikan nilai itu masih mampu diwujudkan dengan baik.

“Jutaan rakyat Malaysia bangkit dan memperdengarkan suara mereka menerusi undi, dengan kebanyakannya melaksanakan tanggungjawab mengundi buat kali pertama.

“Hubungan sivik adalah asas kepada masyarakat yang bebas serta terbuka dan komitmen rakyat Malaysia menjalankan hak mengundi memberi inspirasi kepada asas kebebasan rakyat di seluruh dunia,” katanya.

Selain itu, Biden berkata, hubungan antara Malaysia dan AS, dibina atas asas kukuh hubungan ekonomi, keselamatan serta antara rakyat kedua-dua negara, sekali gus membantu mengukuhkan kebebasan, keselamatan dan kemakmuran di Indo-Pasifik.

Menerusi hubungan baik ini juga, katanya, kedua-dua negara dapat memajukan ekonomi digital, menangani krisis iklim dan mengatasi cabaran keselamatan tenaga.

Beliau berkata, Malaysia dan AS turut mempromosi perintah antarabangsa berasaskan peraturan dan melindungi hak asasi manusia, selain bersama-sama memperluaskan Perkongsian Komprehensif AS - Malaysia untuk mengembangkan hubungan antara kedua-dua negara.

“Dalam tahun mendatang, saya berharap untuk mengukuhkan lagi perkongsian kita, termasuk bekerjasama bagi membina pertumbuhan ekonomi inklusif dan rantaian bekalan berdaya tahan melalui Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik.

“Bersama-sama, kita boleh memajukan wilayah yang bebas, terbuka, selamat dan makmur serta yang memberi manfaat kepada rakyat di kedua-dua negara,” katanya. – Getaran, 27 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi