web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dalang Utama Kes Bakar Gudang Baju Babit Kerugian RM1.5 Juta Diburu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 7:04PM

Suspek, G Logeswaran, 41, masih gagal dikesan walaupun lima rakannya sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis giat memburu seorang lelaki dipercayai dalang utama kejadian kebakaran sebuah gudang pakaian di Jalan 2/17 Mutiara Fadason, di sini pada 6 dan 11 Januari lalu, membabitkan kerugian RM1.5 juta.

Suspek, G Logeswaran, 41, masih gagal dikesan walaupun lima rakannya sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian itu bermula pada 6 Januari lalu apabila pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kebakaran gudang tersebut, namun hanya mengakibatkan kerugian sekitar RM4,000.

Siasatan, katanya, mendapati kebakaran berpunca daripada perbuatan khianat.

Menurutnya, ia dikenal pasti selepas semakan terhadap kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan terdapat kelibat seorang individu memanjat tembok dan membaling sesuatu ke arah Gudang, sehingga mengakibatkan kebakaran.

“Pada 11 Januari lalu sekitar jam 4.30 pagi, polis menerima satu lagi laporan kebakaran di gudang sama. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di bahagian belakang dalam premis tersebut. 

“Setelah kebakaran berjaya dipadam bomba, pemilik gudang mendapati segala stok baju Melayu dan lain-lain barang tidak pasti telah terbakar. 

“Anggaran jumlah stok baju Melayu terbakar adalah sebanyak 14,400 helai yang mana jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan bernilai RM1.5 juta,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Susulan kejadian itu, beliau berkata, enam serbuan dijalankan pihaknya bermula 15 hingga 18 Januari lalu, sebelum sembilan lelaki tempatan dipercayai terbabit dalam kes tersebut ditahan.

Katanya, suspek berusia antara 24 hingga 34 tahun itu, ditahan di beberapa lokasi berbeza di sekitar Selangor.

“Turut dirampas sebuah motosikal dan pakaian dipakai suspek, selain sebuah tong minyak berisi petrol yang digunakan untuk membakar gudang tersebut,” katanya.

Eng Lai berkata, motif kejadian masih dalam siasatan, namun polis percaya semua suspek adalah orang upahan untuk melakukan pembakaran gudang tersebut.

Beliau turut memaklumkan bahawa suspek utama kes tersebit masih bebas dan pihaknya, meminta bantuan orang awam untuk menyalurkan maklumat berhubung keberadaan suspek tersebut.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan dengan individu tersebut boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Izzat Jamaluddin di talian 017-7331772 atau Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai penahanan sembilan suspek terbabit , Eng Lai berkata, atas arahan Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur, dua daripada mereka dituduh bagi kejadian pertama.

Ujarnya, manakala tiga dituduh bagi kejadian kedua mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. 

“Suspek lain dijadikan saksi pendakwaan. Kesema suspek yang dituduh tidak mengaku salah dan ditawarkan jaminan sebanyak RM8,000 setiap seorang. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 8 Mac depan,” katanya. - Getaran, 27 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad