web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DUN Selangor Tidak Akan Dibubar Sebelum Aidilfitri - MB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 5:09PM

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mememaklumkan DUN Selangor tidak akan dibubarkan sebelum Hari Raya Aidilfitri ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan sebelum sambutan Aidilfitri ini, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin Shari - Gambar fail
Amirudin Shari - Gambar fail

"Saya boleh bayangkan (pembubaran DUN) tidak dalam masa terdekat...boleh katakan sebelum raya (Aidilfitri) tidak ada pembubaran. Ini yang boleh saya sahkan untuk Selangor," katanya ringkas. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Dua Hala Kerajaan Pahang dan Selangor di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Enam negeri yang akan terlibat Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sementara itu, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Pahang menubuhkan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan Negeri Pahang bagi mengukuhkan kedudukan kerajaan perpaduan di negeri itu. 

Penubuhan majlis perundingan yang dipengerusikan bersama Pengerusi BN negeri Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Amirudin selaku Pengerusi PH Pahang dicapai pada perbincangan kedua-dua parti terlibat malam tadi.

Wan Rosdy dan Amirudin dalam kenyataan bersama hari ini berkata majlis perundingan itu akan menjadi platform perbincangan dan rundingan dasar ke arah menyelesaikan isu rakyat supaya dapat menjamin keutuhan dan kestabilan kerajaan perpaduan Pahang untuk sepenuh penggal.

"Kedua-dua parti turut bersetuju untuk mengadakan pertemuan secara berkala bagi membincangkan gerak kerja secara bersama agar selari dengan kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan," menurut kenyataan itu. 

BN dan PH bersetuju membentuk kerajaan negeri selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada blok parti yang memperoleh majoriti mudah 22 kerusi DUN Pahang bagi membentuk kerajaan negeri. 

PRU15 menyaksikan BN dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing memperoleh 17 kerusi DUN, manakala PH menang di lapan kerusi DUN. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 16 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar