Berita Terkini

7 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 7 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 7 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 7 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 12 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


Elaun Perjalanan, Apa Pendirian Kerajaan Perpaduan? ‘Terdapat Garis Nipis Membezakan…

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 6:00PM

Anwar Ibrahim digesa menyatakan pendiriannya berhubung isu pemberian elaun perjalanan kepada pengundi yang diamalkan parti tertentu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa menyatakan pendiriannya berhubung isu pemberian elaun perjalanan kepada pengundi yang diamalkan parti tertentu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ia kerana ketika ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak pernah meminta mana-mana calon bertanding mengemukakan kos membayar pengundi luar, sedangkan membenarkannya dan tahu perkara itu berlaku.

Menurut beliau, syarat seseorang calon membuat pengisytiharan perbelanjaan mereka hanya di atas kertas sahaja, tetapi SPR tidak pernah memeriksanya secara terperinci.

“Terdapat garis nipis membezakan bayaran perjalanan dan rasuah politik. Juga antara rasuah dan sedekah.

“SPR dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kurang sepakat. Bagi SPRM, rasuah tetap rasuah!” katanya dalam hantaran di Facebook.

Pada masa sama, beliau mempersoalkan sama ada pengundi wajar dibayar elaun perjalanan pulang mengundi atau sebaliknya.

“(Adakah) Tak wajar. Mengundi adalah tanggungjawab warganegara menunaikan kewajiban. Perlu berkorban.

“(Adakah) Wajar. Pilihan raya seperti hari raya. perlu ada duit raya untuk sama-sama pulang merayakan. Elaun perjalanan memudahkan mereka yang kurang berkemampuan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, jika wajar, timbul pula persoalan siapakah yang perlu membayar elaun perjalanan tersebut.

“(Adakah) Terpulang kepada parti politik atau perlu dibiayai kerajaan sepenuhnya?

“Seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) masuk dalam akaun. Semua dapat dan kurang dipengaruhi oleh mana-mana parti,” katanya.

Jelas beliau, mengikut amalan sekarang, SPR membenarkan pemberian elaun perjalanan dan ia terpulang kepada parti politik untuk mengagihkannya.

“Ini memberi kelebihan kepada parti politik yang berjaya kumpul dana pilihan raya lebih besar.

“Ia juga mendesak mereka mencari dana besar termasuk melalui kaedah yang salah,” katanya.

Sementara itu, mantan Ahli Parlimen Kemaman itu berkata, tiada satu kaedah jelas bagi menentukan kadar elaun perjalanan yang patut dibayar kepada pengundi.

“Tiada penentuan berapa ringgir per kilometer. Bagi satu kawasan Parlimen yang mempunyai 100,000 pengundi dan 10 peratus pengundinya berada di luar (kebanyakan Lembah Klang).

“Kalau purata RM100 seorang, ini bermakna RM100 X 10,000 = RM 1 juta. Kini pertambahan pengundi mendadak jumlahnya lebih besar dari itu,” katanya.

Dakwanya, terdapat parti politik yang memberi lebih RM300, di samping menyediakan bas dan lain-lain pengangkutan untuk pelajar dari Lembah Klang.

“Ini boleh mencecah bayaran pengundi luar kepada RM3 juta setiap kawasan Parlimen. Takut bayaran dibuat bukan kepada pengundinya. Maka timbul isu bersumpah dahulu sebelum wang dibayar.

“Ia menjadi kejutan budaya, terutama pengundi 18 tahun. Ramai menganggap mengundi hanya satu pekerjaan. Habis kerja ambil upah. Siapa bagi upah lebih itu yang mereka sokong,” katanya.

Pada Mei 2015, Pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tidak menjadi kesalahan sekiranya sesebuah parti politik memberikan elaun perjalanan kepada pengundi.

Katanya, beliau sudah bertanya dengan pihak SPRM dan diberitahu bahawa tindakan itu tidak salah dan tidak dikira sebagai rasuah.

Bagaimanapun menurut beliau, ia hanya akan menjadi kesalahan jika pemberi itu meminta penerima tersebut mengundi calon tertentu dan membuktikan bahawa dia sudah mengundi calon terbabit.

“Contohnya dia bagi duit tambang balik ke Sarawak ataupun ke Sabah naik kapal terbang.

“Dia tak cakap kamu kena undi orang ini dan bukti pada saya kamu undi orang ini…itu tidak boleh,” katanya. – Getaran, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Malaysia Terbuka Adakan Perbincangan Semula Pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman

2

Semasa 14 jam yang lalu

Minat Komuniti Perniagaan Melabur Di Malaysia Bukti Kestabilan Negara - PM

3

Semasa 17 jam yang lalu

PM Anwar Ucap Selamat Hari Polis Ke-216

4

Semasa 22 jam yang lalu

Kerajaan Kaji Semula Semua Monopoli Untuk Sediakan Perkhidmatan Lebih Baik Kepada Rakyat - PM

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pakej Rahmah Haji Tawar Harga Bawah RM50,000

Semasa 1 hari yang lalu

IJM Sedia Laksana Sistem Pembayaran Tol Secara Terbuka

oleh Aiman Sadiq

Semasa 19 jam yang lalu

Penemuan Puluhan Bangkai Kucing: Persatuan Haiwan Malaysia Gesa Veterinar Buat Siasatan

Semasa 1 hari yang lalu

PUSPAKOM Bukan Lagi Satu-satunya Agensi Pemeriksaan Kenderaan

oleh Danial Dzulkifly