web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya 36 Jenis Bunga Api Dibenarkan Dijual Secara Umum Sempena Aidilfitri

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Apr 2021 8:21AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penjualan bunga api musim perayaan bagi Aidilfitri 2021 adalah dibenarkan dengan hanya 36 bunga api jenis ‘Pop-Pop’ dan ‘Happy Boom’ boleh dijual kepada umum.

Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata penjualan itu perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan antara bunga api yang dibenarkan dijual secara umum adalah Pop-Pop, Happy Boom Dush 20, Happy Boom Glow of Sunset, Happy Boom Flower Silver Cracking Rain dan Happy Boom Thunder Clap (Rockets).

Katanya, perkara itu telah diluluskan Kementerian Dalam Negeri bagi mengimport, menyimpan dan berniaga bunga api untuk jualan umum sempena musim perayaan di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat sembilan jenis bunga api ‘Happy Boom’ bagi kategori jualan umum sempena musim perayaan (bersyarat) itu tidak boleh diniagakan oleh peniaga kecil, peruncit dan pasar raya, antaranya Happy Boom Red Cracker, Happy Boom Assorted Celebration Cake Repeate, Happy Boom Shoot Cake dan Happy Boom Tikus 50.

Menurutnya, beberapa syarat yang perlu dipatuhi peniaga kecil, peruncit dan pasar raya ialah penjual adalah warganegara Malaysia serta lesen berniaga yang mengandungi senarai bunga api jenis ‘Happy Boom’ dan ‘Pop-Pop’ hendaklah dipamerkan bagi tujuan pemeriksaan serta penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.

“Tempoh jualan hanya dibenarkan selama 30 hari sahaja (15 hari sebelum dan 15 hari selepas tempoh musim perayaan) tertakluk kepada kelulusan dan budi bicara pesuruhjaya polis atau ketua polis negeri.

“Penjualan di luar kawasan bangunan pasar raya (pemborong/pasar raya besar) atau pusat beli-belah adalah dibenarkan dengan syarat mempunyai tempat simpan selamat dan diperakui Bahagian Persenjataan PDRM serta mempunyai lesen serta permit daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Peniaga kecil dan bazar juga dibenarkan dengan bersyarat iaitu mempunyai tempat simpanan yang selamat dan diperakui oleh Bahagian Persenjataan PDRM, manakala perniagaan runcit seperti 7-Eleven, 99 Speedmart, Mr DIY dan lain-lain yang seumpamanya hanya dibenarkan menjual satu jenis bunga api sahaja iaitu Pop-Pop dan mempunyai permit PDRM.

“Urus niaga secara dalam talian atau menerusi sebarang aplikasi media sosial adalah tidak dibenarkan selain tidak dibenarkan menjual bunga api di restoran dan kedai makan serta kepada pembeli berumur kurang daripada 18 tahun.

“Semua pihak yang menjalankan perniagaan ini diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh PDRM dan pihak berkuasa bagi mengekang pandemik COVID-19 termasuk individu yang ingin bermain bunga api,” katanya.

Beliau berkata pelanggaran kepada syarat-syarat ditetapkan, tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

2

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

Semasa 2 hari yang lalu

Polis Tahan 4 Suspek Kes Rogol Remaja Di Lahad Datu

4

Semasa 2 hari yang lalu

Kes Dera Pembantu Rumah: 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan Semula 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad