Berita Terkini

2 jam yang lalu: Media Arab Saudi buat liputan lawatan PM 2 jam yang lalu: KKD beri perhatian bendung penyebaran ekstremis militan 2 jam yang lalu: PDRM nafi Ayob Khan miliki akaun TikTok 2 jam yang lalu: MAIWP sumbang RM1.7 juta bantu golongan mualaf 2 jam yang lalu: 4 kanak-kanak maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Muar - Bomba

IKUTI KAMI


Selangor Anjur Libat Urus Awam Projek Pembangunan KSSA, Dapatkan Pandangan Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2023 1:06PM

Sesi itu bertujuan untuk berkongsi maklumat berhubung cadangan dan maklum balas Projek Pembangunan KSSA baharu. - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bagi mengetahui secara terperinci mengenai Projek Pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang akan dibangunkan, orang ramai terutama warga Selangor dipelawa menghadiri Sesi Libat Urus Awam berhubung pembinaan itu.

Ia dianjurkan kerajaan Selangor melalui Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor, iaitu organisasi yang diamanahkan untuk mentadbir aset dan pelaburan negeri.

Menerusi kenyataannya, MBI Selangor memaklumkan, sesi itu bertujuan untuk berkongsi maklumat berhubung cadangan Projek Pembangunan KSSA baharu.

Katanya, ia juga bagi mendapatkan maklum balas daripada orang ramai mengenai pelan cadangan dikemukakan.

“Di sepanjang Sesi Libat Urus Awam ini, orang ramai berpeluang melihat dan mendapatkan gambaran lebih lanjut mengenai projek pembangunan tersebut, melalui paparan video 3D flythrough, papan informasi serta model konsep (scale model).

“Pengunjung boleh menilai dan berpeluang memberikan maklum balas dan cadangan melalui kod imbasan QR, disediakan pihak MBI Selangor,” menurut kenyataan itu.

Sesi itu akan diadakan di Aras Bawah, pusat beli-belah SACC Mall, Shah Alam mulai hari ini hingga 10 Februari 2023, dari jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam.

Pada masa sama, MBI Selangor memaklumkan, berdasarkan pelan cadangan, Projek Pembangunan KSSA yang berkeluasan 188 ekar itu, bakal mempunyai sebuah stadium bertaraf dunia dengan merangkumi 60 peratus daripada keseluruhan kawasan projek.

Manakala, katanya, baki 40 peratus daripada keseluruhan kawasan projek pembangunan adalah taman rekreasi dan ruang komersial yang diaspirasikan, bagi menggalakkan interaksi dalam komuniti serta memberi pelbagai peluang keusahawanan kepada golongan belia di Selangor.

“Sesi Libat Urus Awam KSSA ini juga adalah inisiatif kerajaan Selangor untuk memastikan ketelusan dalam setiap urusan dan mencerminkan komitmen berterusan ke arah pentadbiran cekap, selain berpaksikan kepentingan masyarakat umum.

“la merupakan inisiatif tambahan secara sukarela oleh kerajaan negeri dan MBI Selangor, dalam usaha memberikan maklumat terkini mengenai pelan perancangan Projek Pembangunan KSSA,” katanya.

Jelasnya, maklum balas serta cadangan awam yang relevan akan dimasukkan ke dalam pelan pembangunan projek itu, selaras dengan aspirasi kerajaan negeri dan MBI Selangor yang peka kepada keperluan orang ramal.

“Maklum balas diberikan sebelum in adalah dihargai dan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Sesi Libat Urus Awam Projek Pembangunan KSSA, sila salurkan pertanyaan [email protected],” katanya. – Getaran, 26 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

MBI Cadang Senaraikan Michelle Yeoh Antara Tokoh Dalam 'Hall Of Fame'

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Gerbang Maritim Selangor: Projek Sungai Klang ‘Rosak’ Akibat Dakwaan Salah Guna Kuasa?

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Mahkamah Thailand Perintah Ahli Perniagaan Malaysia Diekstradisi Ke China

4

Refleksi 6 bulan yang lalu

Sertai Dan Bawa Sisa E-Buangan Layak Terima Wang Tunai Sehingga RM33,000

Sorotan

1

Perkhidmatan Kesihatan Servis Kritikal, Babitkan Nyawa, Jangan Rosakkan Dengan Mogok 

2

Cakna Jenis Ikan Buntal Elak Kematian, Pastikan Penjual Berpengetahuan Sebelum Beli

3

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Kerajaan Tegas Soal Pemberian Kontrak, Projek Selaras Prinsip Tata Kelola Baik - Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Kementerian, Jabatan Diminta Anjur Majlis Ilmu Untuk Hidupkan Bulan Ramadan - Anwar

Semasa 17 jam yang lalu

Selepas Selangor, Sarawak Pula Larang UAI Beri Ceramah

oleh Wartawan Getaran

Semasa 21 minit yang lalu

Isu Aukus, Kesihatan Mental Anggota Polis Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini