web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Pelan Pembangunan Semula Kompleks Sukan Shah Alam Disemak Menyeluruh, Lalui Tatakelola Terbaik

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2023 7:00AM

Enam syarikat sudah disenarai pendek dan diundang mengambil bahagian dalam permintaan untuk cadangan itu. - Gambar Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) memaklumkan, rancangan membangunkan semula Kompleks Sukan Shah Alam (SASC) melalui proses tatakelola terbaik yang telus, membabitkan pelbagai pihak sebelum dimuktamadkan.

“Cadangan untuk membangunkan semula SASC dimulakan pada 2013, dengan 15 syarikat membuat tawaran untuk cadangan projek itu.

“MBI menyemak bidaan. Enam syarikat sudah disenarai pendek dan diundang mengambil bahagian dalam permintaan untuk cadangan itu,” katanya menerusi kenyataan.

Katanya, selaras dengan etika tadbir urus telus diamalkan di MBI, projek berimpak tinggi seperti SASC dibuat bagi melalui prosedur operasi standard (SOP).

“SOP menggariskan pemaju yang dipilih mestilah berkelayakan dan berpengalaman dalam membangunkan projek berskala besar.

“Cadangan dikemukakan bakal pemaju dinilai perunding profesional yang dilantik.

“Keputusan penilaian sudah dibentangkan kepada jawatankuasa penilaian di peringkat MBI, sebelum dibawa ke lembaga pengarah untuk kelulusan,” katanya.

Menurutnya, proses pemilihan pemaju kemudian dibentangkan kepada jawatankuasa pemandu yang terdiri daripada wakil kerajaan negeri, dengan dibantu beberapa jawatankuasa kerja merangkumi aspek teknikal, perundangan, kewangan dan sukan.

Cadangan sudah diteliti, katanya, akan dirujuk kepada majlis mesyuarat kerajaan negeri untuk dimuktamadkan.

MBI berkata, secara keseluruhannya, proses pemilihan ini mengambil masa lebih enam bulan, membabitkan pelbagai tapisan bagi memastikan kepentingan rakyat Selangor terpelihara.

“Selain itu, kerajaan negeri sudah mengenal pasti pemaju berpotensi untuk membina semula SASC. Menteri Besar Selangor sudah menyerahkan surat hasrat pada 15 Julai 2022 kepada pemaju.

“Kerajaan negeri melalui MBI juga mengadakan sesi libat urus dan pameran awam dari akhir Januari hingga Februari tahun ini selama dua minggu, bertujuan memaklumkan kepada rakyat Selangor mengenai rancangan pembangunan (untuk SASC), selain memberi ruang untuk mereka memberikan pandangan bagi dipertimbangkan.

“Berikutan sesi libat urus berkenaan, 98.7 peratus maklum balas yang diterima adalah positif,” kata kenyataan itu.

MBI mengatakan bahawa pembangunan semula SASC kini dalam fasa penyelidikan komponen reka bentuk dan pembangunan, sebelum projek itu dijangka dimuktamadkan bulan depan. – The Vibes, 9 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RM40 Juta Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas Di Putra Heights - MB Selangor

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas: Kerugian Dianggarkan RM65.4 Juta - Amirudin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas Dipadam Sepenuhnya, 305 Mangsa Diselamatkan - Amirudin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 19 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad