web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


3R: Sesi Libat Urus Kaji Keberkesanan Perundangan DIlakukan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2023 8:49PM

Azalina Othman Said - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -- Satu sesi libat urus diadakan hari ini bagi mengkaji keberkesanan perundangan sedia ada dan meneroka model perundangan alternatif dalam menangani isu agama, bangsa dan institusi raja-raja (3R).

Sesi itu yang turut membincangkan cabaran terkini dihadapi agensi penguat kuasa berhubung isu provokasi 3R, dihadiri lebih 50 wakil terdiri daripada pihak kerajaan dan bukan kerajaan termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), badan peguam, pertubuhan masyarakat Madani (CSO), badan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik dan organisasi agama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan hari ini berkata sesi libat urus yang berlangsung di Kuala Lumpur itu meliputi Perbincangan Kumpulan Fokus dan Dialog Perundangan 3R.

Tiga persoalan utama yang dibincangkan, katanya, adalah sama ada Malaysia memerlukan pemansuhan perundangan sedia ada dan penggubalan akta baharu; pindaan perundangan atau tiada perubahan perundangan (status quo).

Dalam perbincangan mengenai pemansuhan perundangan sedia ada dan penggubalan akta baharu, Azalina berkata ia mempertimbangkan sama ada untuk memansuhkan perundangan seperti Akta Hasutan 1948 dengan digantikan dengan undang-undang baharu bagi kesalahan yang lebih spesifik.

"Selain itu kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mewujudkan satu perundangan baharu yang berbentuk jenayah atau kuasi jenayah/sivil," katanya.

Menyentuh isu berkaitan Raja-Raja adalah antara elemen terkandung dalam 3R
Menyentuh isu berkaitan Raja-Raja adalah antara elemen terkandung dalam 3R

Mengenai pindaan perundangan pula, dibincangkan sama ada terdapat keperluan membuat pindaan kepada perundangan sedia ada bagi memastikan isu provokasi 3R dapat ditangani secara holistik atau tiada pindaan perundangan diperlukan yakni usaha menangani isu itu diteruskan menggunakan pendekatan lain.

Azalina berkata Kerajaan Perpaduan menyokong hak kebebasan bersuara rakyat seperti yang dijamin di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan selaras Perkara 19 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) dan pada masa sama mengambil kira bahawa hak itu haruslah dimanfaatkan secara bertanggungjawab.

Beliau berkata walaupun terdapat undang-undang bagi menangani isu 3R, namun harus dipertimbangkan bahawa ada antaranya yang digubal tujuh dekad lepas. 

Antara undang-undang sedia ada termasuklah Akta Hasutan 1948, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan Kanun Keseksaan.

Kerajaan Perpaduan sentiasa menyokong kebebasan rakyat tetapi ia perlu dimanfaatkan secara bertanggungjawab - gambar hiasan
Kerajaan Perpaduan sentiasa menyokong kebebasan rakyat tetapi ia perlu dimanfaatkan secara bertanggungjawab - gambar hiasan

"Oleh itu, kerajaan berhasrat untuk mengkaji semula kerelevanan undang-undang yang sedia ada untuk memastikan perundangan selaras dengan perkembangan semasa," katanya dan menambah Kerajaan Perpaduan turut mengambil maklum peningkatan kes provokasi 3R baru-baru ini.

Azalina berkata kerajaan turut peka terhadap pelbagai cabaran dihadapi agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan SKMM dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.

Antaranya penyebaran maklumat yang pantas menerusi penggunaan teknologi canggih, akaun dalam talian palsu atau digodam, identiti atau nama yang tidak dapat dikesan (anonymity) serta teknologi kecerdasan buatan (AI) yang menyukarkan proses siasatan dan pendakwaan, katanya.

Beliau berkata hasil perbincangan Kumpulan Fokus dan Dialog Perundangan 3R itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Tinggalkan Mandat Anda’ - Azalina

2

Semasa 6 bulan yang lalu

14,000 Kes Buli Setahun Faktor Penggubalan Akta Anti-Buli Dipercepat - Azalina

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 23 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 2 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad