Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Isu Ancam Keharmonian, Perpaduan Mesti Ditangani Pantas, Tepat - Sultan Johor

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 7:00AM

Sultan Ibrahim tidak mahu Bangsa Johor keliru dan mula berburuk sangka antara satu sama lain. - Gambar daripada Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar menitahkan bahawa isu yang boleh mengancam keharmonian dan perpaduan Bangsa Johor, mesti ditangani pihak berkuasa dengan cekap, pantas dan tepat.

Merujuk kepada dakwaan tular berhubung Bengkel Persediaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianjurkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor khusus kepada pelajar Islam, baginda bertitah tindakan diambil pihak berkuasa itu akan mencegah kekeliruan dan penularan sentimen berbaur kebencian.

“Saya tidak mahu Bangsa Johor keliru dan mula berburuk sangka antara satu sama lain.

“Saya cukup menitik beratkan betapa pentingnya untuk persefahaman, perpaduan dan toleransi antara kaum kita yang pelbagai,” titahnya kepada Royal Press Office (RPO).

Sultan Ibrahim bertitah, Jabatan Pendidikan mesti bertindak pantas untuk menangani situasi sebegini, agar tidak menular emosi negatif dan perkara tidak sahih dalam kalangan rakyat.

“Ini juga merupakan pengajaran kepada semua pihak yang perlu menangani rasa tidak puas hati mereka,” titahnya.

Malah, baginda bertitah, tidak ada individu yang patut disisihkan daripada program awam kerana agama atau bangsanya.

“Jika benar ada yang diasingkan kerana itu, maka tindakan perlu diambil kepada penganjur.

“Begitu juga jika didapati tuduhan adalah tidak benar dan dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab,” titahnya.

Semalam, The Vibes melaporkan, segelintir ibu bapa pelajar bukan Islam melahirkan kebimbangan terhadap pengurusan sekolah milik kerajaan yang terdiri daripada semua pelajar perempuan itu, selepas didakwa mengadakan Bengkel Persediaan Peperiksaan SPM khusus untuk murid Muslim berprestasi rendah.

Perkara berkenaan diketengahkan pengguna Twitter, Anne Louis, dengan mendakwa bengkel dua hari satu malam itu diadakan di sebuah hotel, baru-baru ini.

Dakwanya, institusi pendidikan disenaraikan sebagai antara sekolah berprestasi tinggi negara itu, pada awalnya mengatakan bengkel terbabit hanya dikhususkan kepada pelajar Muslim kerana akan memfokuskan kepada Pendidikan Islam.

Bagaimanapun, katanya, bengkel itu merangkumi beberapa mata pelajaran kritikal, termasuk Kimia dan Matematik Tambahan, sekali gus mencetuskan kemarahan ibu bapa serta pelajar bukan Islam.

Namun, Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataannya memaklumkan, pihaknya mendapati tidak berlaku isu diskriminasi terhadap semua calon yang akan menduduki SPM di sekolah berkenaan seperti didakwa. 

Malah, KPM berkata, siasatan mendapati dakwaan kononnya pihak pengurusan sekolah itu menganjurkan Bengkel Persediaan Peperiksaan SPM dengan hanya membabitkan pelajar daripada agama tertentu, adalah tidak benar.

Katanya, hasil siasatan itu berdasarkan maklum balas awal dari pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor berhubung penganjuran bengkel berkenaan, selain justifikasi mengenai dua siri program terbabit.

“KPM merujuk kepada satu hantaran di Twitter mengenai penganjuran Bengkel Persediaan Peperiksaan SPM oleh SMK Infant Jesus Convent, Johor Bahru, Johor.

“Sebagai makluman, bengkel tersebut diadakan atas inisiatif Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru yang menganjurkan dialog prestasi, kemudiannya disusuli dengan bengkel tersebut oleh pihak sekolah.

“Ia adalah kerjasama antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan, Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) serta Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS),” menurut kenyataan itu. - Getaran, 25 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Istiadat Pertabalan YDP Agong ke-17 Pada 20 Julai

2

Politik 1 minggu yang lalu

Polis Terima 12 Laporan, Tiada Unsur Provokasi 3R

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Mahu Penjelasan Kelewatan Pembinaan Kolam Selam Tempur Di Kem Iskandar 

Sorotan

1

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

2

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

3

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

4

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

5

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

6

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kerjasama Malaysia-Uzbekistan Tawar Potensi Besar, Kata PM

Politik 9 jam yang lalu

Permohonan Maaf Sanusi Buka Jalan Kerjasama Lebih Baik Dengan Kerajaan Pusat

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 12 jam yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi

Sukan 13 jam yang lalu

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ