web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKD Jangka Umum Pelaksanaan 5G Yang Ditambah Baik Hujung Mac Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 7:00AM

Fahmi berkata DNB sedang meneliti dan menilai pilihan yang ada bagi memastikan pelaksanaan itu mencapai sasaran 80 peratus. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dijangka mengumumkan pelaksanaan rangkaian 5G oleh Digital Nasional Bhd (DNB) dengan beberapa penambahbaikan menjelang atau sebelum hujung Mac ini.

Menteri berkenaan Fahmi Fadzil berkata DNB sedang meneliti dan menilai pilihan yang ada bagi memastikan pelaksanaan itu bukan hanya mencapai sasaran 80 peratus malah diperluas kepada kawasan berpenduduk di seluruh negara.

“Kita nak pastikan tiada kesan negatif kepada kewangan negara dan kita harap menjelang 2025, sekurang-kurangnya 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk,” katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk ‘Memperkasa Digital’ terbitan Bernama TV yang bersiaran secara langsung malam tadi.

Beliau berkata pelaksanaan itu adalah bagi membantu pengurusan perusahaan syarikat dan kilang berkomunikasi dengan pantas sekali gus meningkatkan produktiviti mereka selain perkhidmatan kepada rakyat secara umumnya.

“Sebelum ini, saya pernah lihat bagaimana 5G boleh dilaksana di peringkat kerajaan tempatan untuk bantu uruskan isu trafik, data sampai ke pusat yang menguruskan lampu isyarat dengan cepat secara masa nyata dan kita tahu keadaan satu bandar itu.

“Rangkaian 5G memberi manfaat terutama kepada perusahaan kilang-kilang besar serta pelantar minyak untuk berkomunikasi dengan pantas dan menghantar data yang banyak, machine learning dan melakukan Internet Benda (IoT) serta Revolusi Industri 4.0 (IR4.0),” katanya.

Mengulas isu keselamatan data peribadi dan jenayah penipuan dalam talian, Fahmi berkata KKD berhasrat menjadikan Jabatan Pelindungan Data Peribadi sebagai jabatan berkanun untuk melaksanakan fungsinya dengan lebih baik.

Beliau berkata agensi di bawah KKD itu akan menjadi antara jabatan penting dan perlu diperkukuh supaya dapat bertindak dengan lebih efektif dalam isu kebocoran data peribadi rakyat.

“Misalnya, jika saya mengeluarkan cek (tunai), pihak bank akan hubungi untuk pengesahan … itu prosesnya, begitu juga dengan keselamatan data, kerajaan (agensi berkaitan data peribadi) wajib diberitahu secara automatik jika berlaku kebocoran data ... ini perkara yang sedang diteliti,” katanya.

Beliau berkata undang-undang sedia ada perlu ditambah baik manakala kerangka atau dasar berkaitan perlu diteliti kerana terdapat sekurang-kurangnya empat kementerian bertanggungjawab dalam isu itu.

Katanya KKD juga berhasrat menaik taraf agensi CyberSecurity Malaysia (CSM) sebagai Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia kerana CSM memiliki kepakaran dalam bidang itu malah mutu perkhidmatannya antara yang terbaik di rantau Asia Pasifik seperti digital forensik.

“Kita perlu berusaha ke arah membentuk sebuah suruhanjaya supaya ia diberikan kuasa untuk melakukan siasatan dan mempunyai undang-undang yang mencukupi (untuk melaksanakan penguatkuasaan),” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad