web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Boleh Jadi Negara Maju Jika Amalan Rompak Kekayaan Negara Dihentikan - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 4:55PM

Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2023 Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di SPICE Arena - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Malaysia berpotensi untuk diangkat sebagai sebuah negara maju di rantau ini dengan syarat amalan merompak kekayaan negara melalui gejala rasuah dihentikan sama sekali, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata pimpinan politik, penjawat awam peringkat tertinggi atau badan-badan penguatkuasaan mesti dan wajib menghentikan amalan berkenaan.

“Saya tidak akan tolak ansur lagi dengan sikap orang yang menggunakan kontrak atau projek mendapat atau mengambil kesempatan untuk mencari kekayaan yang bukan hak mereka,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri Chow Kon Yeow di sini hari ini.

Dalam pada itu Anwar berkata rakyat Malaysia mesti ada keberanian untuk menolak fahaman perkauman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Beliau yakin negara akan dapat mencatat  tahap kemajuan dalam masa singkat yang belum pernah disaksikan sebelum ini sekiranya wujud semangat perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat untuk menolak gejala buruk berkenaan.

Anwar berkata persaingan atas kepentingan kaum dan agama hanya akan menanam kebencian dalam kalangan masyarakat.

"Slogan Masyarakat Madani menuntut keyakinan kita sebagai rakyat. Semua agama ada kepercayaan mereka, tetapi untuk hidup dalam masyarakat mesti ada faham kemanusiaan, dan kemanusiaan itu tiada makna jika tiada kasih sayang antara kita.

Bila ada persaingan kaum dan agama yang sempit, maka yang ditanam itu adalah kebencian. Kita perlu terima perbezaan kita sebagai satu kekuatan," katanya.

Menyentuh mengenai amalan “komisen” dan “sedekah” dalam pilihan raya, Anwar berkata amalan itu jelas boleh merugikan negara dan masyarakat.

“Sedekah untuk amal jariah itu okey, tetapi sedekah untuk undi pada pilihan raya itu adalah korupsi,” katanya.

Sementara itu, Anwar memuji Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana memusatkan pembangunan ekonomi negeri itu seiring dengan keadilan sosial dengan mengambil kira golongan miskin bandar dan B40.

Turut hadir pada majlis itu Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 2 hari yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 5 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

oleh Sophia Ahmad