web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Dihanyutkan Arus Sungai Tanum Ditemukan Lemas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 3:50PM

Supt Azli Mohd Noor berkata mayat Haniff Harun, 47, ditemukan pada 11.20 pagi, tersangkut dalam sungai kira-kira 300 meter dari lokasi terakhir dia dilihat - Gambar IPD Lipis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Lelaki yang dilaporkan dihanyutkan arus deras Sungai Tanum semasa menuruni Gunung Tahan di Kuala Lipis semalam, ditemukan lemas hari ini. 

Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata mayat Haniff Harun, 47, ditemukan pada 11.20 pagi, tersangkut dalam sungai kira-kira 300 meter dari lokasi terakhir dia dilihat. 

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat. 

Haniff yang berasal dari Kampung Paloh Haji Daud, Kuala Terengganu difahamkan menyertai aktiviti mendaki gunung itu bersama sembilan individu. 

Mereka yang dipandu arah masing-masing seorang malim gunung dan porter memulakan pendakian pada Jumaat lepas (20 Januari) melalui laluan masuk Merapoh dan dijadualkan turun pada Selasa. 

Bagaimanapun, kumpulan itu terpaksa berpatah semula ke Kuala Jeram semalam, akibat cuaca buruk dan kejadian didakwa berlaku semasa mereka menyeberangi sungai selebar kira-kira 20 meter. 

Operasi mencari dan menyelamat yang diaktifkan sejak petang semalam, melibatkan lapan pegawai dan 58 anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran