web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MPAJ Laksana Sistem Amaran Awal Untuk Cerun Berisiko Tinggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 1:34PM

Sensor untuk mengesan pergerakan tanah dianggarkan menelan kos RM1 juta setiap set itu, akan ditempatkan di Taman Mega Jaya, Taman Seraya, Jalan Wangsa 1 Taman Kelab Ukay dan Taman Bukit Jaya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan memasang sistem amaran awal (EWS) masa sebenar di empat cerun berisiko tinggi menjelang April ini.

Ketua Kejuruteraan MPAJ, Zafrul Fazry Mohd Fauzi berkata, sensor untuk mengesan pergerakan tanah dianggarkan menelan kos RM1 juta setiap set itu, akan ditempatkan di Taman Mega Jaya, Taman Seraya, Jalan Wangsa 1 Taman Kelab Ukay dan Taman Bukit Jaya.

“Kami masih dalam proses mendapatkan peranti EWS dan percaya ia akan dipasang dalam tempoh tiga bulan akan datang,” katanya kepada The Vibes selepas memberi taklimat kepada pihak berkepentingan mengenai pelan tindakan pengurusan Slope di Auditorium MPAJ di sini, hari ini.

Zafrul berkata, memandangkan sejarah beberapa kejadian tanah runtuh dan tragedi membabitkan nyawa serta harta benda selama ini, MPAJ serius untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

“Selain pemasangan, kerja penstabilan di empat cerun berisiko tinggi di Ukay Heights (dua lokasi), Kampung Tasek Permai dan Bukit Antarabangsa juga perlu dilaksanakan dengan membabitkan belanja RM5.9 juta,” katanya.

Beliau berkata, MPAJ sudah menjalankan pemeriksaan di 356 cerun di bawah bidang kuasanya, khususnya di kawasan dianggap berbahaya dan berisiko tinggi.

“116 cerun dikategorikan sebagai berbahaya, manakala 47 lagi kurang berbahaya,” katanya.

Memandangkan sejarah beberapa kejadian tanah runtuh dan tragedi membabitkan nyawa serta harta benda selama ini, MPAJ serius untuk mengambil langkah berjaga-jaga - Gambar Fail
Memandangkan sejarah beberapa kejadian tanah runtuh dan tragedi membabitkan nyawa serta harta benda selama ini, MPAJ serius untuk mengambil langkah berjaga-jaga - Gambar Fail

Pada masa sama, beliau menegaskan cerun itu membabitkan empat pihak berbeza, masing-masing individu, pemaju hartanah, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan.

“Saya mengharapkan kerjasama, terutamanya daripada pemilik atau pemaju individu supaya proaktif dan bertanggungjawab serta bekerjasama dengan kami, bagi memantau dan menyelenggara cerun dikategorikan sebagai sangat berbahaya atau kurang berbahaya.

“Walaupun kami sudah menyampaikan notis kepada mereka, ada yang masih belum mengambil sebarang tindakan. Tolong jangan tunggu lagi sehingga kami perlu menguatkuasakan tindakan lebih tegas,” keluhnya.

Difahamkan, MPAJ juga mengambil pendekatan drastik dengan membersihkan semua pokok di 61 cerun berisiko tinggi, bagi mengurangkan beban di tanah dan menghalang pergerakan tanah sebelum ia membawa kepada tanah runtuh.

Selain itu, beliau berkata, kos untuk menebang semua pokok dan kerja pemangkasan dianggarkan RM7.3 juta.

“Ia akan ditanggung kerajaan negeri.

“Bukan mudah untuk menguruskan cerun. Pokok biasanya akan tumbuh semula setahun selepas ditebang. Kami perlu menjalankan penyelenggaraan berkala yang dianggarkan membabitkan kos RM1.5 juta setahun.

“Jumlah anggaran kos kerja cerun ialah RM18.7 juta,” katanya sambil menambah bahawa proses pembersihan akan dimulakan pada April. – The Vibes, 23 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Lelaki Maut Dihempap Pokok Tumbang Di Ampang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling Dijangka Beroperasi Semula Februari Depan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Van Jatuh Cerun. Wanita Singapura Maut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar