web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Van Jatuh Cerun. Wanita Singapura Maut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2023 8:07AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALIK PULAU - Seorang wanita warga Singapura maut manakala 10 lagi cedera dalam insiden van pelancong terbabas sebelum terjatuh ke cerun berkedalaman lebih enam meter di Bukit Genting di sini malam tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau N. Prenavaran berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 8.20 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian. 

“Sejurus tiba, didapati tempat kejadian merupakan kawasan berbukit dan jentera bomba tidak dapat masuk... anggota bomba terpaksa mendaki bukit selama 15 minit dengan membawa usungan dan peralatan kecemasan. 

"Didapati seorang wanita telah meninggal dunia, tujuh lagi masih tersepit dalam kenderaan manakala tiga telah dinaikkan ke tempat selamat dengan bantuan orang awam," katanya kepada pemberita. 

@getaranmy Seorang wanita warga Singapura maut manakala 10 lagi cedera dalam insiden van pelancong terbabas sebelum terjatuh ke cerun berkedalaman lebih enam meter di Bukit Genting di sini malam tadi. #GetaranMY #Semasa #Terkini #fyp ♬ original sound - Getaran

Beliau berkata pihak bomba terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memotong papan pemuka dan stereng van itu untuk menyelamat wanita yang tersepit di sebelah tempat pemandu.

"Operasi selesai pada kira-kira 10.45 malam selepas mangsa terakhir dikeluarkan dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal pula berkata terdapat 11 mangsa iaitu lapan wanita dan tiga lelaki dengan 10 daripada mereka adalah pelancong warga Singapura manakala pemandu van ialah lelaki tempatan. 

Beliau berkata identiti mangsa masih belum dikenal pasti namun mereka dipercayai terdiri darupada sekumpulan warga emas yang sedang bercuti di Pulau Pinang. 

“Seorang wanita warga Singapura ditemukan mati di tempat kejadian manakala 10 mangsa lagi yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan Hospital Balik Pulau untuk menerima rawatan,” katanya. 

Kamarul Rizal juga berkata punca insiden itu masih dalam siasatan dan proses bedah siasat mangsa yang terkorban akan dilakukan esok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Kecederaan Zara Qairina Sepadan Akibat Jatuh, Bukan Dipukul - Pakar Patologi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Kuarters Hospital

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nak Tukar 'Lane' Tu Bagilah 'Signal', Kesian Abang Ni Jatuh

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alahai Kasihan, Harap Tak Serius

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad