web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kedah Umum Bantuan Khas Kewangan RM1,000 Untuk Penjawat Awam

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 3:49PM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR STAR - Kerajaan Kedah hari ini mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sempena sambutan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada penjawat awam negeri itu.

Menteri Besar Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata pemberian bantuan khas itu membabitkan 5,300 kakitangan, termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri dan kakitangan kontrak.

“Pada tahun ini kita berjaya mengutip hasil sebanyak RM219 juta berbanding hanya RM109 juta pada tahun lalu.”

Beliau berkata, bantuan khas kewangan Aidilfitri itu menelan belanja sebanyak RM5.3 juta.

“Kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan bantuan khas Aidilfitri kerana kutipan hasil kita pada suku pertama tahun ini adalah agak baik berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

“Pada tahun ini kita berjaya mengutip hasil sebanyak RM219 juta berbanding hanya RM109 juta pada tahun lalu,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman, hari ini.

Muhammad Sanusi berkata, antara faktor utama peningkatan kutipan hasil kerajaan negeri pada tahun ini adalah penguatkuasaan tegas membabitkan pembayaran cukai tanah.

Malah, katanya, ia turut disumbangkan oleh kerja keras kakitangan awam Kedah yang sentiasa berdedikasi tinggi dalam menyempurnakan tugas mereka.

“Kita perlu kutip hasil kerajaan negeri. Kita buat sungguh-sungguh dan tidak main-main.

“Contohnya dalam projek pembangunan di Langkawi (oleh Widad Business Group Sdn Bhd), bila kita sudah luluskan, mereka perlu bayar premium tanah,” katanya.

Sanusi turut memberi gambaran simpanan rizab kerajaan Kedah kini antara yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar rizab berkenaan dan meminta wakil media menunggu sehingga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula.

“Kita tidak boleh maklum di sini. Tunggu sidang DUN, nanti kita akan maklumkan,” katanya. – Getaran, 28 April 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran