web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Guna Dron Pantau Kelancaran Lalu Lintas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 4:24PM

Penempatan pasukan dron akan memudahkan segala input disalurkan dengan pantas kepada petugas JSPT di lapangan agar segala tindakan diambil dengan segera - Gambar PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk memantau pergerakan lalu lintas dalam Op Selamat 19, sempena perayaan Tahun Baharu Cina.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata pasukan itu ditempatkan di sektor lebuh raya utara, timur dan selatan bagi membantu polis memantau keadaan lalu lintas di lokasi-lokasi titik panas yang dikenal pasti.

“Penempatan pasukan dron akan memudahkan segala input disalurkan dengan pantas kepada petugas JSPT di lapangan agar segala tindakan diambil dengan segera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mulai hari ini dijangkakan sebanyak 170,000 kenderaan akan berada di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak, 60,000 di Lebuhraya Pantai Timur 1, manakala dua juta kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan.

“PDRM menyarankan pengguna jalan raya yang penat dan perlu berehat, berhenti di kawasan rehat dan rawat hentian sebelah dan plaza tol di lebuh raya,” katanya.

Mat Kasim turut mengingatkan semua pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas bagi memastikan tiada sebarang tragedi berlaku di musim perayaan ini.

“PDRM sentiasa komited dalam memastikan kelancaran lalu lintas untuk keselesaan dan keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya.

Sementara itu, tinjauan udara pada petang ini mendapati kesesakan teruk berlaku dari arah Plaza Tol Gombak ke arah selatan.

Timbalan Pengarah JSPT Bukit Aman DCP Mohd Nasri Omar berkata kesesakan itu berlaku kerana pengguna jalan raya mengambil kesempatan cuti panjang sempena Tahun Baharu Cina untuk ke destinasi masing-masing.

“Selain itu, di Plaza Tol Jalan Duta kami mendapati tidak berlaku kesesakan tetapi di Slim River, Perak mula berlaku kesesakan lalu lintas.

“Oleh itu, petugas JSPT akan berada di setiap lebuh raya bagi memastikan pengguna jalan raya sampai ke destinasi masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan udara Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina hari ini.

Mengulas mengenai Op Selamat 19 yang memasuki hari keempat, beliau berkata setakat ini 41 kemalangan maut telah direkodkan.

Op Selamat yang bertemakan ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’ bermula 18 Januari hingga 27 Januari ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 2 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 3 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 19 jam yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad