web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Op Limau: 120 Ditahan Terlibat Judi Haram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 11:26AM

Gambar hiasan dari AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 120 individu disyaki terlibat kegiatan perjudian haram dan merampas wang tunai dianggarkan bernilai RM92,481 dalam Op Limau sempena Tahun Baharu Cina.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin berkata mereka terdiri daripada 115 lelaki dan lima wanita tempatan ditahan dalam operasi yang bermula pada Ahad hingga Khamis lepas.

Beliau berkata dalam tempoh yang sama sebanyak 20 serbuan mengekang kegiatan itu telah berjaya dilaksanakan.

“Fokus utama operasi ini adalah untuk membanteras kegiatan perjudian (haram) yang ditumpukan kepada judi dalam bangunan serta judi tempat terbuka yang tertakluk di dalam jadual pertama dan kedua di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (judi dalam bangunan) dan Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (judi luar bangunan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Noorsiah berkata PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang menganjur dan menjalankan pertaruhan berlandaskan undang-undang sedia ada dalam usaha menangani kegiatan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti perjudian haram diminta menghubungi Hotline WhatsApp Op Limau di talian 016-5773477. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Pendidikan 15 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad