web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nurul Ilham, Pemandu Proton Iriz Akan Dipanggil Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2023 7:02AM

Polis akan memanggil dua pemandu kenderaan termasuk Nurul Ilham bagi membantu siasatan berhubung dakwaan insiden buli jalan raya. - Tangkapan layar dari Twitter Nurul Ilham

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis akan memanggil dua pemandu kenderaan termasuk Nurul Ilham anak kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner, A A Anbalagan berkata, mereka akan dipanggil bagi membantu siasatan susulan berhubung insiden itu.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati tiada sebarang kemalangan mahupun kecederaan dialami kedua-dua pemandu terbabit.

“Semalam tular satu rakaman video berdurasi 14 saat di Twitter milik Nurul Ilham memaparkan sebuah kereta jenis Proton Iriz dipandu di lorong kanan di Kilometer 307 Lebuhraya Utara Selatan.

“Kereta itu dipandu agak perlahan dan dikatakan menekan brek beberapa kali di lorong tersebut sehingga membuatkan Nurul Ilham berasa bahaya dengan cara pemanduan pemilik kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 6(2) LN166/1959 kerana kesalahan memotong dan menghalang daripada memotong.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil ke balai polis trafik Serdang bagi membantu siasatan.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya ketika memandu,” katanya.

Terdahulu, Getaran melaporkan Nurul Ilham mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya ketika memandu ditemani anaknya yang berusia dua tahun.

Menerusi satu perkongsian di Twitternya, anak keempat Anwar itu berkata, pemandu sebuah kereta jenis Proton Iriz berwarna hijau asyik menekan brek di lorong laju.

“Saya biasanya tidak berkongsi perkara ini tetapi saya dibuli di jalan raya hari ini. Kereta ini asyik tekan brek di lorong laju.

“Amat bahaya dan saya mempunyai anak berusia dua tahun bersama saya. Berada di sana selama seminit sebelum pemandu wanita terbabit bertukar ke lorong lain,” katanya.

Menurut Nurul Ilham, kenderaan dinaik wanita itu dilihatnya sewaktu dia berada berhampiran sebuah plaza tol.

Katanya, wanita itu bertindak membunyikan hon ke arahnya untuk menuju ke lorong Touch N Go.

“Saya telah memberi isyarat untuk pergi ke kiri, tetapi saya tidak nampak sebarang isyarat dia (mahu) pergi ke kanan (ke arah lorong Smart Tag).

“Rasanya dia marah tentang perkara itu,” katanya. - Getaran, 21 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Pendidikan 15 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek