web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bahana ‘Nikah Sindiket’ Memeritkan, Perkahwinan Boleh Terbubar, Tidak Sah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 8:00PM

Pernikahan dijalankan di luar negara tanpa kebenaran atau disebut sebagai ‘nikah sindiket’ akan membawa kepada pelbagai masalah dan merugikan banyak pihak. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pernikahan dijalankan di luar negara tanpa kebenaran atau disebut sebagai ‘nikah sindiket’ akan membawa kepada pelbagai masalah dan merugikan banyak pihak terutama suami isteri, kerana tidak mempunyai surat perakuan nikah yang diiktiraf.

Perkara itu ditekankan dalam Khutbah Jumaat bertajuk ‘Bahana Nikah Sindiket’ dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), hari ini.

Menurut khutbah Jumaat itu, antara kesan ‘pernikahan sindiket’ adalah proses pendaftaran perkahwinan tersebut akan memakan masa yang panjang.

Jelasnya, ini kerana ia melibatkan prosiding dan dokumentasi untuk didaftarkan semula dengan pengesahan daripada mahkamah dan akan bertambah rumit sekiranya dokumen yang dikemukakan tidak mencukupi atau palsu.

“Jika tidak didaftarkan, maka tiada surat perakuan nikah yang benar akan diperolehi dan kita harus sedar surat perakuan nikah sangat penting dalam kehidupan kita sebagai suami isteri.

“Tanpanya, kita tidak dapat mendaftarkan kelahiran anak seperti biasa lalu mengakibatkan status pengesahtarafan dan warganegara juga tidak dapat dipastikan,” katanya.

Dalam pada itu, khutbah itu menyebut, urusan perubatan, rawatan dan pendidikan anak juga akan bermasalah jika tidak mendapat status warganegara.

Malah, pengurusan harta pusaka juga akan turut terkesan kerana pihak yang berkaitan gagal mengemukakan dokumen pernikahan yang diiktiraf.

Selain itu, katanya, pelbagai tuntutan di mahkamah seperti perceraian, pengesahtarafan anak, nafkah, hadhanah, keadilan berpoligami antara isteri dan harta sepencarian tidak dapat diuruskan disebabkan kegagalan mengemukakan surat perakuan nikah yang diiktiraf.

“Harus diingat juga, bahana yang sangat memeritkan adalah apabila mahkamah mendapati pernikahan yang dijalankan di luar negara adalah tidak sah kerana tidak menepati hukum syarak.

“Maka pernikahan yang berlaku akan difaraqkan atau dibubarkan. Kaedah fiqh menyatakan: 'Asal dalam perkara jimak adalah haram',” katanya.

Susulan itu, katanya, tindakan undang-undang bawah Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 boleh dikenakan kepada pasangan terbabit kerana bernikah tanpa kebenaran.

“Pasangan ‘nikah sindiket’ juga boleh dikenakan denda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Antara kesalahan yang akan dikenakan denda ialah kesalahan mengikut Seksyen 124 membabitkan poligami tanpa kebenaran, Seksyen 40 (akad nikah tanpa kebenaran), Seksyen 31 (lewat mendaftar perkahwinan) dan Seksyen 134 (bersubahat melakukan pernikahan),” katanya.

Ujarnya lagi, pelbagai faktor utama dikenal pasti menjadi punca berlakunya ‘nikah sindiket’ termasuk berpoligami tanpa kebenaran selain mendakwa wali nasab sedia ada tidak bersetuju atau enggan meneruskan perkahwinan tersebut.

“Ada juga kes melibatkan pasangan terlanjur hingga mengandung dan mereka menganggap bernikah di luar negara dapat menutup aib.

“Hakikatnya setiap perbuatan dosa itu tetap wajib bertaubat dan bersedia bertanggungjawab dengan kelahiran anak yang mungkin menjadi tidak sah taraf,” katanya.

Selain itu, katanya, terdapat pasangan bernikah dengan warga asing atau rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara menganggap tidak perlu mendapatkan kebenaran dari pihak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, khutbah tersebut menegaskan, umat Islam wajib mengambil pengajaran bahawa pernikahan yang hendak dilaksanakan mesti mengikut hukum syarak serta segala peraturan ditetapkan pemerintah, demi kehidupan keluarga yang mawaddah, warahmah, sakinah dan sentiasa mendapat keredaan Allah SWT.

Katanya, undang-undang yang dibuat bukanlah untuk menyusahkan mana-mana pihak, bahkan tujuan utama Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dikuatkuasakan bagi menjaga kebajikan isteri dan anak-anak pada masa akan datang. 

“Wahai muslimin! Berfikirlah dengan minda yang waras serta hati yang jernih serta tawaduk sebelum kita cuba ingin melakukannya,” katanya.- Getaran, 20 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

3

Semasa 2 tahun yang lalu

JAIS Tidak Pernah Keluar Arahan Halang Sekolah Baca Qunut Nazilah

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Perdana Menteri Sampaikan Khutbah Jumaat Di Pusat Kebudayaan Islam New York

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran