web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keenakan Aiskrim Gula Apong Serikan Kenduri Rakyat Sarawak Bersama PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 5:28PM

Anwar bersama Abang Johari, menikmati aiskrim perisa tempatan itu bersama ribuan rakyat  di pusat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terbesar di Bumi Kenyalang usai solat Jumaat di Masjid Jamek. - Gambar Bernama 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Aiskrim Gula Apong menjadi antara hasil kulinari unik Sarawak dan hidangan menarik dalam majlis Kenduri Rakyat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kubah Ria di sini hari ini. 

Anwar, yang tiba bersama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menikmati aiskrim perisa tempatan itu bersama ribuan rakyat  di pusat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terbesar di Bumi Kenyalang usai solat Jumaat di Masjid Jamek. 

Aiskrim Gula Apong merupakan campuran manisan dihasilkan daripada nira pokok nipah yang tumbuh liar di sepanjang  tebingan sungai di Sarawak sesuai dijadikan sebagai sirap gula dan penambah rasa.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut berpeluang merasa sendiri juadah 'Pengilan' atau kenduri ala Sarawak selain makanan istimewa Bumi Kenyalang seperti dabai dan suntong  tutok  (sotong yang diketuk) dalam jamuan makan tengah hari.

Turut menemani beliau ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Selepas menghadiri program tersebut, Anwar melakukan kunjungan hormat ke atas Tun Abdul Taib Mahmud di kediaman Yang Dipertua Negeri Sarawak itu di Demak Jaya di sini sebelum berlepas pulang ke  Kuala Lumpur petang ini.

Ini merupakan lawatan pertama Anwar ke Sarawak sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada November lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Disangka Hilang, Rupanya Tertidur Sebelah Mesin Basuh Jiran

3

Politik 1 bulan yang lalu

17 Kerusi Baharu DUN Sarawak Masih Belum Dimuktamadkan, SPR Terus Membisu

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Sarawak Terima MyKad Selepas Penantian 33 Tahun

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad