web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selepas Singapura, Lebih Ramai Pemegang Pasport Elektronik Dibenar Guna E-Gate BSI

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 4:00PM

Pemprosesan imigresen secara automatik menerusi e-gate akan memanfaatkan kira-kira 30,000 hingga 50,000 rakyat negara berkenaan yang berulang-alik. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lebih ramai pemegang e-pasport asing dari negara berisiko rendah akan dibenar menggunakan kemudahan gerbang elektronik (e-gate) di pusat pemeriksaan Sultan Iskandar (BSI) di Johor, selepas kebenaran itu diberikan kepada Singapura bermula hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemprosesan imigresen secara automatik menerusi e-gate itu akan memanfaatkan kira-kira 30,000 hingga 50,000 rakyat negara berkenaan yang berulang-alik antara republik terbabit dan Johor atas urusan sosial.

“Jabatan Imigresen juga bercadang memperluaskan penggunaan e-gate (di BSI) kepada pemegang pasport dari negara kategori berisiko rendah, termasuk Brunei, United Kingdom, New Zealand, Australia dan Jepun,” kata Saifuddin menerusi kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan hari pertama operasi e-gate bagi pemegang pasport Singapura di BSI.

Selain menyaksikan pelancaran e-gate, Saifuddin memantau aliran trafik di pusat pemeriksaan berkenaan.

Beliau kemudian menghadiri mesyuarat antara pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan beberapa kementerian, seperti Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Kerja Raja (KKR), Kementerian Pengangkutan (MoT) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), selain polis dan pelbagai jabatan kerajaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Liew Chin Tong turut menghadiri mesyuarat itu.

Namun, menerusi kenyataannya, Saifuddin tidak memaklumkan bilakah kemudahan itu akan dibuka kepada pemegang pasport negara selain Singapura.

Bagi warga Singapura yang menggunakan e-gate di BSI, mereka mesti memegang e-pasport sah selama sekurang-kurangnya tiga bulan dan mesti menyerahkan Kad Ketibaan Digital Malaysia dalam talian tiga hari sebelum memasuki Johor.

Jika menggunakan e-gate buat kali pertama, mereka perlu membuat rekod sekali sahaja mengenai butiran biometrik dengan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen).

Saifudin berkata, kemudahan e-gate sama digunakan untuk pemegang pas lawatan sosial jangka panjang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejak 15 November tahun lalu.

Jelasnya, sehingga 16 Januari lalu, e-gate di KLIA merekodkan 12,162 data ‘masuk dan keluar’ oleh pemegang pas pelancongan sosial.

Mengulas mengenai kawalan sempadan, Saifuddin berkata, satu agensi sempadan (SBA) untuk mengawal semua pintu masuk dan keluar akan dilancarkan pada Januari 2024.

SBA yang dicadangkan Kabinet pada Julai 2021 akan menempatkan agensi dan kementerian berkaitan di bawah ‘satu bumbung’ untuk menguruskan isu pemeriksaan sempadan, seperti kesesakan lalu lintas, pemeriksaan barangan, kuarantin, pemeriksaan kesihatan dan penyakit, farmaseutikal serta kawalan keselamatan.

Katanya, SBA kini dilaksanakan secara berperingkat. – The Vibes, 20 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

2

Semasa 3 minggu yang lalu

‘Pengedaran Dadah Di Langkawi Bukan Seperti Sindiket Pablo Escobar’ - Saifuddin

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemegang MyKad Lama Tidak Diwajibkan Tukar MyKad Baharu Menjelang 1 Jun - Saifuddin

4

Semasa 1 bulan yang lalu

MyKad, Pasport Baharu Dilancar Jun Depan - Saifuddin Nasution

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad