web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarikh Luput Vaksin COVID-19 Jenis Comirnaty Dilanjut 18 Bulan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 4:00PM

Maklumat berkenaan pelanjutan vaksin terbabit boleh diperolehi melalui laman sesawang NPRA, www.npra.gov.my. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) melanjutkan tarikh luput dua produk vaksin COVID-19 jenis Comirnaty daripada 15 kepada 18 bulan.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM, Norhaliza A Halim berkata, kelulusan pelanjutan jangka hayat tersebut adalah secara retrospektif, iaitu ia terpakai kepada semua stok termasuk yang diterima sebelum variasi pelanjutan tempoh jangka hayat itu diluluskan.

Menurutnya, maklumat berkenaan pelanjutan vaksin terbabit boleh diperolehi melalui laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), www.npra.gov.my.

Ia membabitkan Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection (MAL21016022AZ) yang dikilangkan Pfizer Manufacturing Belgium NV, Belgium dan Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection (MAL21036039ASZ) keluaran BioNTech Manufacturing GmbH, Jerman.

“Pelanjutan jangka hayat adalah daripada 15 bulan kepada 18 bulan bagi vial vaksin yang disimpan pada suhu -90°C sehingga -60°C.

“Pelanjutan tempoh jangka hayat produk diberikan berdasarkan data stabiliti terkini yang dikemukakan oleh pihak pengilang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, biarpun tarikh luput pada label vaksin mungkin menunjukkan bahawa produk sudah luput, tetapi pengguna boleh menyemak tarikh luput sebenar (selepas pelanjutan) melalui laman sesawang NPRA (https://npra.gov.my/index.php/en/consumers/information/vaccine-covid-19- update.html ).

Norhaliza turut memberi jaminan produk itu masih selamat untuk digunakan, selagi ia belum melangkaui tarikh luput baharu yang ditetapkan.

Katanya, KKM juga sentiasa komited untuk memastikan semua produk farmaseutikal, termasuk vaksin COVID-19 yang dibekalkan di Malaysia sudah dinilai dari aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh NPRA.

“KKM komited memastikannya diluluskan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). – Getaran, 20 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Krim Zmy Ada Merkuri, Sila Hentikan Penggunaan Serta Merta - NPRA

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Tiada Pengembara China Dikesan Positif COVID-19 Sejak 10 Hari Lalu

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Vaksin Pfizer Dilulus Sebagai Dos Penggalak Kanak-Kanak

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Antara 10 Destinasi Pilihan Pelancong China

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 47 minit yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar