web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Pengembara China Dikesan Positif COVID-19 Sejak 10 Hari Lalu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2023 2:17PM

Bagaimanapun hanya seorang daripada pengembara tersebut dikesan mengalami demam semasa saringan dilakukan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Tiada kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan 28,705 pengembara dari China yang memasuki negara di pintu masuk antarabangsa (PMA) sejak 8 hingga 17 Januari lalu.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, bagaimanapun hanya seorang daripada pengembara tersebut dikesan mengalami demam semasa saringan dilakukan.

Namun, katanya, ujian RTK-Ag yang dijalankan ke atas pengembara tersebut adalah negatif virus itu.

“Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan dalam dan luar negara melalui maklumat diperolehi daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) serta kerjasama bersama negara ASEAN dan China.

“KKM akan sentiasa memastikan langkah pencegahan dan kawalan sewajarnya dilaksanakan secara berterusan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Zaliha, sejak pembukaan sempadan China pada 8 Januari lalu, kes harian COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia kekal di bawah 500 kes.

“Malah, pelaporan kes harian COVID-19 kekal tiga digit sejak 17 Disember lalu,” katanya.

Sementara itu, Dr Zaliha menasihati individu yang belum menerima dos primer vaksin dan dos penggalak vaksin COVID-19, agar segera mendaftar serta mendapatkannya bagi melindungi diri dan orang tersayang, terutama menjelang Sambutan Tahun Baru Cina.

Beliau berkata, berlaku peningkatan trend dalam pengambilan dos penggalak kedua di fasiliti kesihatan di seluruh negara, sejak dua minggu lalu.

“Pengambilan dos penggalak kedua menyaksikan peningkatan iaitu sebanyak 2.2 peratus atau 733,668 dos, berbanding 1.9 peratus atau 633,941 sebelum ini.

“Pengambilan dos penggalak kedua di Sarawak juga meningkat kepada 76,369 dos pada 17 Januari, berbanding 56,462 pada 1 Januari lalu. Peningkatan sebanyak 35 peratus itu berlaku dalam tempoh 17 hari,” katanya.

Ujarnya, secara purata, jumlah pengambilan dos penggalak kedua di Sarawak meningkat 20 kali ganda iaitu sebanyak 2,085 dos sehari, berbanding 101 dos pada 31 Disember lalu. – Getaran, 20 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

4

Politik 7 bulan yang lalu

Dr Zaliha Akan Terus Sokong Agenda MADANI

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 55 minit yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad