web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perokok Dijangkiti COVID-19 Berdepan Komplikasi 2 Kali Ganda Lebih Teruk

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2021 2:51PM

Golongan perokok yang dijangkiti COVID-19 berdepan komplikasi teruk. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Risiko kerosakan hati, buah pinggang dan sindrom gangguan pernafasan akut adalah antara komplikasi teruk yang dihadapi golongan perokok yang dijangkiti COVID-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata data itu diperoleh melalui kajian Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai risiko komplikasi golongan perokok dijangkiti COVID-19 terhadap 5,889 kes COVID-19 yang dirawat di seluruh negara dari 1 Feb hingga 31 Mei 2020.

Daripada 5,889 pesakit itu, seramai 791 individu adalah perokok dengan 773 daripadanya merupakan perokok lelaki (97.7 peratus) manakala 18 lagi (2.3 peratus) adalah wanita, dan 5,098 lagi bukan perokok, dengan majoriti berumur 30 tahun ke atas.

“Perbandingan yang telah dibuat di antara golongan perokok dan bukan perokok menunjukkan bahawa golongan perokok berisiko hampir dua kali ganda mendapat komplikasi teruk berbanding bukan perokok,” katanya pada sidang media mengenai hasil dapatan kajian tersebut di sini hari ini.

Kajian itu merupakan kerjasama KKM melalui Bahagian Kawalan Penyakit, Bahagian Perkembangan Perubatan dan Institut Kesihatan Negara dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Beliau berkata penemuan kajian berkenaan juga selari dengan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 30 Jun lepas mengenai kesan rokok dan jangkitan COVID-19. (https://www.who.int/news-room/commentaries/detail/smoking-and-covid-19).

Ketua Sektor Kawalan Tembakau KKM dan Urusetia Pelan Tindakan Kawalan Tembakau Serantau (FCTC) Dr Nor Aryana Hassan ketika memperincikan hasil kajian itu, berkata daripada 791 perokok terbabit, mereka turut mempunyai sejarah penyakit kronik iaitu darah tinggi sebanyak 16.7 peratus, diabetes (12.3 peratus), masalah jantung (5.2 peratus) dan paru-paru kronik 1.1 peratus.

Menurut Dr Nor Aryana, kajian juga menunjukkan 14.2 peratus perokok merupakan pesakit COVID-19 kategori tiga iaitu mempunyai jangkitan paru-paru namun tidak memerlukan bantuan pernafasan, 4.4 peratus ialah kategori empat iaitu mempunyai jangkitan paru-paru dengan keperluan bantuan pernafasan manakala 1.6 peratus pesakit lagi adalah kategori lima iaitu kritikal.

Terdahulu, Dr Noor Azmi melancarkan perkhidmatan berhenti merokok mQuit fasa tiga iaitu dengan menambah baik perkhidmatan dalam talian https://jomquit.com/ sedia ada untuk memudahkan proses pendaftaran dan kebolehcapaian perkhidmatan tersebut.

Sebagai tambahan, katanya pembentukan Rakan Nasihat Komuniti (RNK) oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia akan membantu dalam memberi maklumat berkaitan perkhidmatan berhenti merokok melalui laman sesawang tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

KKM Kesan 7 Kematian Babitkan Jangkitan Malaria Sejak Januari

2

Selera 4 tahun yang lalu

Strategi Pengurangan Garam 2021-2025 Fokus Reformulasi Produk

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad