web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Strategi Pengurangan Garam 2021-2025 Fokus Reformulasi Produk

Strategi ini dilancarkan dengan memfokuskan penglibatan pihak industri makanan dan minuman untuk melakukan reformulasi produk ke arah kandungan garam yang lebih sihat.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 May 2022 2:48PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Strategi Pengurangan Garam 2021-2025 dilancarkan hari ini dengan memfokuskan penglibatan pihak industri makanan dan minuman untuk melakukan reformulasi produk ke arah kandungan garam yang lebih sihat, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels

Bagi menjayakan usaha tersebut, Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta pihak universiti sedang menjalankan kajian dikenali sebagai 'Resolve Project’ bagi mengurangkan kandungan garam dalam produk kicap.

"Beberapa syarikat pengeluar kicap telah memberikan komitmen mereka untuk menyertai kajian ini dan diharap lebih banyak syarikat turut bertindak proaktif dengan melakukan reformulasi produk lain yang juga tinggi kandungan garam," katanya ketika berucap melancarkan strategi itu di sini hari ini.

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels

Selain tindakan sukarela pihak industri untuk melaksanakan reformulasi produk, KKM juga perlu mengambil langkah drastik dalam mengawal kandungan garam dengan memperkenalkan had maksimum mandatori kandungan garam bagi produk makanan tertentu melalui pindaan Akta Makanan 1983 yang dijangka selesai sebelum 2025, katanya.

Kajian pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia pada 2019 mendapati purata pengambilan garam adalah sebanyak 7.9 gram sehari atau 1.6 sudu teh, melebihi saranan iaitu kurang daripada 5.0 gram sehari.

Gambar: Pexels
Gambar: Pexels

Antara jenis makanan yang paling kerap dimakan dan menjadi penyumbang kepada pengambilan garam yang tinggi adalah sayur-sayuran bergoreng, telur dadar, mi goreng dan roti canai, katanya.

Dr Noor Azmi berkata strategi itu juga bertujuan meningkatkan tahap kesedaran berkaitan pengambilan garam dan pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD).

"Pengurangan pengambilan garam merupakan satu daripada intervensi utama yang kos efektif dalam pencegahan dan pengawalan NCD terutamanya hipertensi.

"Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan tiga daripada 10 penduduk atau 6.4 juta penduduk dewasa di Malaysia merupakan penghidap hipertensi," katanya.

Strategi Pengurangan Garam 2021-2025 akan dilaksanakan melalui MAP, iaitu Monitoring, Awareness dan Product yang melibatkan kerjasama rentas agensi dan pihak berkepentingan termasuk pengeluar produk. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 jam yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

3

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

4

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN