web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengekalan OPR ‘Ang Pow Kecil’ Tahun Baru Cina Kepada Peminjam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 9:30PM

Lim Guan Eng berkata, dengan menghentikan kenaikan kadar faedah, kerajaan akan mempunyai peluang untuk menangani pertumbuhan lebih perlahan akibat kemelesetan (ekonomi) Amerika Syarikat (AS) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus yang ditetapkan ketika ini, umpama ‘hadiah’ kepada penguasaha perniagaan dan peminjam kewangan institusi berkenaan.

Mengalu-alukan keputusan bank pusat tersebut, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, keputusan tidak menaikkan kadar faedah itu juga adalah ‘ang pow’ kecil sempena Tahun Baharu Cina kepada golongan terbabit.

Langkah itu, jelasnya, membolehkan Kerajaan Perpaduan memberikan tumpuan bagi mengurangkan kos perniagaan, di samping menjana lebih banyak peluang perniagaan.

“Dengan menghentikan kenaikan kadar faedah, kerajaan akan mempunyai peluang untuk menangani pertumbuhan lebih perlahan akibat kemelesetan (ekonomi) Amerika Syarikat (AS).

“Mengekang kos pinjaman akan membantu mengurangkan tekanan kos ke atas peminjam individu dan bank serta meningkatkan perbelanjaan penggunaan lebih tinggi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Getaran hari ini melaporkan, BNM mengekalkan OPR pada 2.75 peratus dan keputusan berkenaan dibuat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bank itu pada mesyuarat hari ini.

Menerusi kenyataannya, BNM memaklumkan, keputusan pengekalan itu membolehkan MPC menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif, memandangkan kesan sela masa dasar monetari terhadap ekonomi.

Keputusan BNM itu mengejutkan selepas ia dijangka menaikkan OPR daripada 2.75 peratus ditetapkan kini kepada 3.00 peratus pada tahun ini.

Terdahulu, institusi kewangan negara itu menaikkan OPR empat kali berturut-turut sepanjang tahun lalu, iaitu pada Mei, Julai, September dan November.

Kenaikan itu masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Justeru, pelbagai pihak termasuk penganalisis ekonomi meminta BNM menghentikan sementara sebarang kenaikan OPR, sekiranya langkah itu memberi kesan besar kepada rakyat, termasuk jika ia mengakibatkan bebanan terhadap kewangan mereka dan peningkatan tinggi individu muflis.

Sementara itu, Guan Eng yang juga mantan Menteri Kewangan menambah, pembentukan Kerajaan Perpaduan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 24 November tahun lalu, mengukuhkan keyakinan pelabur dan pasaran.

Menurutnya, ia terbukti dengan peningkatan ketara nilai ringgit, berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada RM4.75 di bawah kerajaan terdahulu kepada RM 4.32 ketika ini.

“Sebab utama kenaikan kadar faedah berpunca daripada keperluan BNM untuk membendung inflasi dan mengekang penurunan nilai ringgit mendadak yang jatuh ke paras terendah, berbanding kedua-dua dolar Singapura serta AS di bawah kerajaan terdahulu.

“Jelas sekali, kebimbangan terhadap inflasi dan kejatuhan nilai ringgit yang semakin meruncing, sudah surut di bawah Kerajaan Perpaduan baharu yang dilihat sebagai pertaruhan lebih selamat untuk pelabur,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, BNM sudah melaksanakan beberapa siri kenaikan OPR tahun lepas sebanyak satu peratus, berikutan kegagalan sebelum ini untuk mengawal inflasi dan kejatuhan mendadak nilai ringgit.

Dakwanya, walaupun hampir RM600 bilion disalurkan pentadbiran mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pertumbuhan ekonomi kekal suram, menimbulkan keraguan mengenai keberkesanan dana awam yang dibelanjakan. - Getaran, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad