web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPM Lantik 9 Anggota MPPK Baharu, Fokus Isu Pendidikan, Bebanan Guru

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 6:40PM

KPM berkata, MPPK akan menumpukan kepada pelbagai perkara membabitkan bidang pendidikan, termasuk bebanan tugas guru yang akan menjadi isu utama kepada pihak terbabit untuk diperhalusi - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek melantik sembilan individu yang terdiri daripada pelbagai bidang dan latar belakang kepakaran untuk menganggotai Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi sesi 2023 hingga 2025.

Pasukan itu akan dipengerusikan mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Dr Amin Senin.

Menerusi kenyataannya, Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, MPPK akan menumpukan kepada pelbagai perkara membabitkan bidang pendidikan, termasuk bebanan tugas guru yang akan menjadi isu utama kepada pihak terbabit untuk diperhalusi.

Katanya, hasil dapatan MPKK bagi penyelesaian terbaik dalam menangani isu tersebut akan dikemukakan kepada Menteri Pendidikan untuk dipertimbangkan.

“MPPK bagi sesi 2023-2025 akan dipengerusikan Datuk Dr Amin Senin. Pengalaman luas beliau dalam bidang pendidikan, dengan dibantu oleh gabungan mantap lapan ahli lain, diyakini dapat memikul amanah membantu pihak KPM mengemudi sektor pendidikan negara, dengan mengemukakan idea bernas yang membuka laluan ke arah pembaharuan, kesepaduan dan pendemokrasian pendidikan.

“KPM berazam untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan sentiasa terbuka dalam menerima cadangan serta pandangan.

“Ia (cadangan dan pandangan ini) bagi menjadikan sistem pendidikan Malaysia bertaraf dunia daripada segi kualiti untuk memperkembangkan potensi individu sepenuhnya serta mencapai aspirasi negara,” menurut kenyataan itu.

KPM berkata, MPPK mula ditubuhkan Menteri Pendidikan pada November 2010 seperti diperuntukkan di bawah seksyen 10, Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]. 

Jelasnya, MPPK berperanan untuk menasihati Menteri Pendidikan berhubung apa-apa isu pendidikan yang dirujuk ‘orang nombor satu’ kementerian itu kepada pihak majlis terbabit dengan mengemukakan syor berkaitan perkara dirujukkan itu, bagi pertimbangan Menteri.

Keanggotaan MPPK, katanya, berdasarkan lantikan Menteri Pendidikan.

“Penubuhan MPPK ini menyediakan platform bagi Menteri dan KPM secara umumnya untuk mendapatkan pandangan profesional daripada anggota dilantik dalam kalangan tokoh atau individu mempunyai pengalaman, pengetahuan serta kepakaran membabitkan perkara berkaitan pendidikan,” katanya. - Getaran, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

3

Pendidikan 4 minggu yang lalu

Mata Pelajaran Sejarah, Bahasa Melayu Kekal Syarat Wajib Ke IPTA - Zambry

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Insentif RM100,000 Kepada 5 MRSM Terbaik SPM 2025

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 12 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad