web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Struktur Semula Ekonomi Berlandaskan 3 Keutamaan Strategik - PM Anwar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 4:29PM

Anwar Ibrahim menyampaikan amanat Membangun Malaysia Madani : Visi dan Kerangka Dasar Reformasi pada Majlis Pelancaran Wacana Membangun Malaysia Madani di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menstruktur semula ekonomi negara berlandaskan kepada tiga keutamaan strategik iaitu membasmi kemiskinan, penstrukturan semula ekonomi dan memulih serta menjana ekonomi berteraskan konsep Malaysia MADANI. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan dan pengembangan ekonomi negara perlu dicapai dalam konteks yang lebih luas iaitu ekonomi manusiawi yang mengutamakan keperluan rakyat.

"Khususnya kepada golongan miskin dan terpinggir serta membebaskan mereka daripada cengkaman kemiskinan dalam sistem kapitalisme yang tidak terkawal yang memupuk ketidaksamaan kekayaan dan ketidaksamaan taraf hidup," katanya ketika menyampaikan amanat sempena Wacana Membangun Malaysia MADANI, di sini, hari ini. 

Wahana utama yang menjadi teras Malaysia MADANI akan bertunjangkan kepada empat Teras Strategik Utama iaitu Membina Semula Ekonomi, Menjamin Kesejahteraan Insan, Reformasi Institusi Demokrasi dan Perundangan serta Mewujudkan Pentadbiran Beramanah.

Bagi memastikan kemampanan dan kelancaran agenda ini, tiga pembolehdaya strategik akan berfungsi sebagai enjin penggerak iaitu Digitalisasi Perkhidmatan Rakyat. Pendaya Upayaan Bakat Terbaik Negara dan Pemerkasaan Pengurusan Projek Strategik. 

Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar merangka konsep MADANI sebagai ikhtiar untuk memetakan strategi bagi mentadbir negara dengan berkesan, sekali gus mengoptimumkan fungsi jentera kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar berkaitan.

Anwar berkata jumlah rakyat miskin di negara ini masih tinggi dengan kira-kira 136,000 isi rumah berada dalam kategori miskin tegar dan lebih 308,000 isi rumah dalam kategori miskin setakat Julai 2022. 

"Walaupun faktor pendapatan menjadi unsur asasi dalam menentukan kadar kemiskinan, dimensi lain yang menjadi pokok dalam mutu kehidupan juga harus diberi tumpuan," katanya. 

Justeru, Perdana Menteri mengusulkan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi dijadikan sebagai kaedah alternatif bagi mengukur kadar kemiskinan berdasarkan dimensi keperluan asas seperti tahap pendidikan dan zat makanan. 

Menurutnya, konsep MADANI juga menggariskan penstrukturan semula ekonomi perlu berasaskan kepada etika mampan yang merangkumi mengelakkan pembaziran dan kemewahan, membasmi ketirisan dan rasuah, menyegerakan bantuan dan prasarana rakyat serta mengagihkan kekayaan secara saksama.

Selain itu, katanya, dalam usaha memulih dan menjana ekonomi, kerajaan akan memberi galakan dan dorongan penuh kepada perusahaan tempatan yang berteraskan MADANI untuk menyumbang kepada pertumbuhan dan menarik pelaburan asing.

Beliau berkata Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan tulang belakang ekonomi Malaysia kerana menyumbang 38 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

PKS di seluruh negara membentuk 97.2 peratus daripada keseluruhan perniagaan di Malaysia serta menggaji hampir 70 peratus tenaga kerja negara.

"Perkembangan kemajuan PKS itu lebih bermakna daripada mendukung kelompok konglomerat. Saya tidak menafikan mereka untuk bersaing tetapi dasar kerajaan mesti anjak sedikit dari pendekatan lama," tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad